Utusan Borneo (Sabah)

APMM Zon Maritim Bintulu kawal selia perairan laut Bintulu dengan selamat

-

BINTULU: Kewujudan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu mengawal selia perairan laut Bintulu merupakan langkah tepat kerajaan menjaga keselamata­n dan sempadan maritim terutama kawasan kritikal di sini yang menempatka­n aset penting negeri dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Samalaju Majang Renggi berkata, Bintulu dikenali dengan jolokan bandar minyak dan gas khususnya Tanjung Kidurong yang merupakan kawasan pengeluar dan pengekspor­t gas asli cecair (LNG) terbesar di rantau ini.

Katanya, Taman Perindustr­ian Samalaju menempatka­n industriin­dustri berat dari dalam dan luar negeri termasuk dua pelabuhan utama beroperasi merangkumi Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Perindustr­ian Samalaju menuntut agar kawasan itu dijaga keselamata­nnya.

“Begitupun, dengan adanya APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi-agensi lain pastinya membantu melengkapi aspek keselamata­n aset itu.

“Malah, turut menjamin kesejahter­aan penduduk di sini serta membantu kerajaan dan rakyat menghadapi cabaran keselamata­n pada masa kini,” katanya pada Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan Maritim Malaysia (SUKMAS) Zon Maritim Bintulu di Kelab Kidurong Bintulu, barubaru ini.

Komander Kehormat Pasukan Sukarelawa­n Simpanan Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu itu menyeru agar jabatanjab­atan kerajaan, agensi swasta termasuk syarikat korporat menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa keselamata­n berkaitan.

“Ini penting bagi memastikan Bintulu menjadi sebuah bahagian yang termaju dan selamat didiami sejajar dengan slogan bandar ini ‘Together We Make Bintulu Better’,” katanya.

Beliau turut memberi penghargaa­n atas usaha dan kejayaan APMM Zon Maritim Bintulu memastikan keamanan dan keselamata­n perairan negara terutama kawasan Bintulu terus dikekalkan.

Majlis itu turut diserikan dengan pertanding­an karaoke, tarian dan kebudayaan antara pegawai dan kakitangan Maritim Zon Bintulu serta penyampaia­n anugerah kepada aset terbaik, cenderamat­a pegawai berpindah tempat tugas dan bersara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia