Utusan Borneo (Sabah)

Betong berpotensi besar dalam pelanconga­n, pertanian moden

Meskipun banyak membangun namun ekonomi Betong masih bergantung kepada penanaman sawit dan getah

-

BET ONG: Kawasan Beton g mempunyai potensi pelanconga­n dan pertanian moden yang besar menanti untuk diterokai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini akan membolehka­n Betong terus membangun ke arah tahun 2030.

Jelas Uggah, meskipun Betong telah banyak membangun namun ekonominya masih bergantung kepada penanaman kelapa sawit dan getah.

“Sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke hadapan dengan mempelbaga­ikan asas pertumbuha­n kita.

“Mari kita usahakan pelanconga­n dan pertanian moden di atas tanah yang kita ada serta luas di Spaoh, Debak dan kawasan-kawasan lain di Betong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Buddha Betong di sini malam Sabtu.

Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu, Residen Betong Friday Belik serta Pengerusi Persatuan Patrick Own turut hadir.

Tambah Uggah, dari sudut pelanconga­n, tarikan Betong adalah ekopelanco­ngan.

“Kita mempunyai tempat bersejarah seperti Bukit Sadok yang dapat dibangunka­n bagi pelancong yang mencintai alam semula jadi dan pengembara­an.

“Manakala pakej menyaksika­n buaya misalnya boleh dilakukan di Sungai Layar dan Sungai Paku,” katanya.

Bagi pertanian moden pula katanya, ada potensi baharu dalam tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta ternakan.

Tetapi katanya, ia perlu dilakukan dalam cara moden bagi kualiti dan kuantiti yang lebih baik ke atas produk.

Pada majlis itu, Uggah turut mengumumka­n geran kerajaan berjumlah RM750,000 bagi pelbagai persatuan dan sekolah.

Jumlah tersebut termasuk RM500,000 bagi dana bangunan Tokong Cina Betong dan RM100,000 bagi projek dewan serba guna Persatuan Buddha Betong.

“Sudah tiba masanya untuk kita bergerak ke hadapan dengan mempelbaga­ikan asas pertumbuha­n kita. ” DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? UGGAH (empat kiri) dan Robert (tiga kanan) memukul dram sebagai tanda meraikan Majlis Tahun Baharu Cina di Betong.
UGGAH (empat kiri) dan Robert (tiga kanan) memukul dram sebagai tanda meraikan Majlis Tahun Baharu Cina di Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia