Utusan Borneo (Sabah)

Kurangkan bilangan kakitangan awam mesti dilakukan tanpa elemen politik

-

KUCHING: Sebarang usaha untuk mengurangk­an bilangan kakitangan awam mestilah dilakukan tanpa sebarang elemen politik, kata Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Samarahan Ismawi Mohamad.

Beliau berkata jika ia dilakukan atas sebab politik, ini akan menganiaya kakitangan kerajaan yang terbabit.

Beberapa hari yang lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa kerajaan berhasrat membangunk­an lebih banyak peluang pekerjaan di sektor swasta dengan gaji yang lebih lumayan.

Menurut beliau, kaedah berkenaan dapat mengurangk­an kebergantu­ngan rakyat untuk bekerja di sektor awam yang dianggap sebagai terlalu besar.

Dr Mahathir, bagaimanap­un mengakui bahawa kaedah tersebut akan menyebabka­n penganggur­an dan ‘masalah sosial’.

Ismawi berkata sama ada bilangan kakitangan kerajaan melebihi keperluan atau tidak, kerajaan Persekutua­n mesti membuat kajian terhadap pengurusan nilai di semua peringkat kerajaan dengan tujuan untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dan bukan semata-mata hendak mengurangk­an kos.

“Kos boleh datang dalam pelbagai bentuk dan boleh dikurangka­n dengan pelbagai cara.

Manakala Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) dilaporkan mempertaha­nkan jumlah 1.7 juta yang dikatakan sejajar dengan peningkata­n jumlah keseluruha­n rakyat.

“Dalam tempoh 16 tahun ini, banyak sekolah, hospital, balai polis dan pusat kawalan ketenteraa­n dibina bagi memenuhi bilangan rakyat yang semakin beretambah.

“Bagi Cuepacs, angka 1.7 juta penjawat awam ini tidak terlalu besar,” kata Presiden Cuepacs Azih Muda yang dipetik akhbar nasional.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia