Utusan Borneo (Sabah)

GPS wadah perjuangan rakyat, negeri Sarawak

-

MIRI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah wadah perjuangan rakyat dan negeri Sarawak yang harus mendapat sokongan semua rakyat negeri ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata penubuhan GPS membenarka­n rakyat Sarawak dan pemimpinny­a membuat keputusan sendiri membangunk­an negeri ini.

“GPS diwakili parti-parti tempatan mampu membuat keputusan sendiri, tahu tentang keperluan dan pembanguna­n negeri Sarawak,” katanya pada Majlis Pemimpim Bersama Rakyat di Rumah Mokeng Tambom dekat sini Jumaat lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat terus mempertaha­n perpaduan dan keharmonia­n kaum yang merupakan penggerak ke arah kemajuan negeri ini.

“Penyatuan rakyat adalah benteng membendung pengaruh luar yang boleh mempengaru­hi pandangan rakyat terhadap usaha kerajaan menjaga kepentinga­n rakyat dan negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lambir Ripin Lamat mengingatk­an rakyat agar bijak menilai dan tidak mudah terpedaya dengan omong kosong parti lawan.

Menurutnya, masalah perkauman dan perbalahan yang berlaku di luar harus dijadikan iktibar untuk rakyat lebih berhatihat­i memilih pemimpin dan kerajaan.

“Rakyat harus berfikir secara logik dan matang sebelum memilih kerajaan memerintah,” jelasnya.

Pada majlis itu, sebanyak tujuh rumah panjang dari kawasan Zon Gudang dan Semburo di Sibuti menerima bendera GPS.

Penerima ialah Rumah Mokeng, Rumah Ungeh, Rumah Awain, Rumah Johnson, Rumah Ngindan, Rumah Sendy dan Rumah Croner. Hadir sama Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Setiausaha Politik Ketua Menteri Julani Mokhtar, Sharkawi Suhaili dan Abu Seman Jahwie.

 ??  ?? ASFIA menyerahka­n bendera GPS kepada tujuh tuai rumah sambil disaksikan Ripin, Lukanisman dan tetamu di Rumah Mokeng, Miri.
ASFIA menyerahka­n bendera GPS kepada tujuh tuai rumah sambil disaksikan Ripin, Lukanisman dan tetamu di Rumah Mokeng, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia