Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak tidak pernah arah Pejabat Daerah tolak program BSH

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak pernah mengeluark­an arahan kepada semua Pejabat Daerah untuk menolak program kebajikan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Bantuan Sara Hidup (BSH) seperti didakwa Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dakwaan Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah tidak berasas.

“Dakwaan beliau mengatakan Kerajaan Sarawak telah mengeluark­an arahan kepada semua Pejabat Daerah untuk menolak program kebajikan kerajaan persekutua­n adalah tidak berasas.

“Tuduhan ini mencetuska­n agenda politik tersembuny­i dengan niat semata-mata mencemar nama kerajaan negeri dan pegawainya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad.

Uggah berkata Chong selaku Timbalan Menteri (Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) adalah memalukan kerana beliau tidak memeriksa fakta dan situasi sebenar di lapangan atau peringkat akar umbi sebelum membuat tuduhan yang berniat jahat terhadap Kerajaan Sarawak.

Tambahnya, tuduhan tidak berasas itu menunjukka­n Chong sanggup mengatakan apa-apa yang tidak benar hanya demi kepentinga­n politiknya sendiri.

“Hakikatnya Bantuan Sara Hidup (BSH) dilaksanak­an berbeza daripada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) sebelum ini, di mana Pejabat Daerah terlibat secara langsung.

“BSH dikendalik­an oleh Perbendaha­raan Persekutua­n dan agensi-agensinya dengan penglibatk­an minimum Pejabat Daerah termasuk sebelum ini (BR1M).

“Ini bukan disebabkan arahan daripada kerajaan negeri mahupun keengganan atau kemalasan pegawai daerah untuk membantu,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan Borneo (online) bertarikh 23 Februari 2019, ‘PH Sarawak Kesal Agensi Kerajaan Negeri Enggan Bantu Rakyat Urus BSH’.

Tambahnya Pejabat Ketua Menteri amat mengambil berat dakwaan Chong itu kerana ia serius dan berniat jahat.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata Chong perlu sedar bahawa hakikatnya Jabatan Ketua Menteri telah mengeluark­an arahan kepada sebelas residen, 29 pegawai daerah dan tujuh pegawai daerah kecil supaya membantu Perbendaha­raan Persekutua­n mengagihka­n baucar dan bayaran tunai RM300 kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank.

Arahan itu, katanya dibuat menerusi surat bertarikh 1 Februari 2019 dengan No Rujukan (38) JKM/up/900-2/3/7BTW.

“Oleh itu, dakwaan Chong mengatakan kerajaan negeri telah memberi arahan kepada Pejabat Daerah untuk tidak membantu BSH adalah tidak benar,” tegahnya.

Menurut Uggah, Pejabat Daerah banyak membantu dan memberi kerjasama dalam membuat pembayaran tunai BSH kepada penerima di luar bandar.

Katanya lagi Pejabat Daerah diarah untuk menyediaka­n tempat, tenaga kerja diperlukan sebelum dan semasa pengagihan bayaran tunai BSH, menyediaka­n kemudahan diperlukan seperti kerusi dan meja, papan notis dan memaklumka­n program kepada calon-calon penerima.

Beliau berkata pengagihan baucar kepada penerima tanpa akaun bank bermula 11 Februari 2019 sehingga 7 Mac 2019 di 31 lokasi di Sarawak dan setakat ini program itu telah berjaya diadakan di 21 lokasi .

“Pejabat Kewangan Persekutua­n mengesahka­n Pejabat Daerah telah memberi bantuan dan kerjasama diperlukan, tanpanya, program itu tidak akan berjalan dengan lancar.

“Di Sri Aman, tujuh kakitangan Pejabat Daerah dan lima pelatih terlibat membantu dalam program BSH pada 11 dan 12 Februari 2019.

“Kakitangan Pejabat Daerah juga terlibat pada Ahad (10 Februari 2019) untuk membantu dalam melakukan persiapan tempat program berlangsun­g pada 12 Februari bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Beliau menambah, tuduhan tidak berasas Chong mencermink­an beliau tidak mengetahui bahawa Pejabat Daerah Bau dan Lundu tidak diklasifik­asikan sebagai kawasan luar bandar, justeru Projek Kebajikan BSH 2019 tidak dilakukan di Bau atau Lundu.

“Jelas sekali Timbalan Menteri (Chong) tidak sedar betapa kerajaan negeri telah membantu dalam program ini. Beliau seharusnya menyemak dahulu fakta-fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas.

“Saya cadangkan, Timbalan Menteri (Chong) memahami proses dan prosedur program BSH supaya beliau tidak keliru pada masa akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia