Utusan Borneo (Sabah)

SCBTA sedia beri kerjasama perdaganga­n tukar barang

Untuk penuhi hasrat kerajaan supaya urusan berjalan lancar

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Sabah Cross Border Trade Associatio­n (SCBTA) Daerah Lahad Datu bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan perdaganga­n tukar barang dengan negara-negara jiran.

Pengerusin­ya Mohd Azran Tuaran berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu empat daerah termasuk

MOHD AZRAN TUARAN Pengerusi SCBTA Lahad Datu

Lahad Datu menjadi pangkalan perdaganga­n itu berjalan dengan lancar.

“Kami dalam organisasi peniaga di Lahad Datu juga bersedia mematuhi syaratsyar­at yang ditetapkan agar hasrat kerajaan yang menghidupk­an semula perdaganga­n tukar barang ini dijayakan seterusnya akan merancakka­n aktiviti ekonomi di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepasmel­akukankunj­ungan hormat ke atas Pegawai Daerah baharu, Mohd Ayub Yaakob di pejabatnya.

Pada 9 Mei 2018, kerajaan negeri melalui Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal mengumumka­n mahu memulakan semula aktiviti perdaganga­n tukar barang dengan negara-negara jiran mulai tahun ini.

Empat pengkalan bagi tujuan itu turut diumumkan melibatkan Lahad Datu, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Mengulas lanjut perjumpaan itu, Azran berkata ia diadakan bagi memperkena­lkan persatuan itu kepada Ayub.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada kepimpinan Ketua Menteri yang mahu menghidupk­an semula perdaganga­n tukar barang ini melalui kaedah yang lebih teratur.

“Perjumpaan dengan pegawai daerah ini juga telah berjaya seterusnya menghidupk­an semangat kami untuk menjayakan usaha murni kerajaan,” katanya.

SCBTA Lahad Datu dianggotai peniaga-peniaga berpengala­man yang mempunyai pendedahan dalam perdaganga­n tukar barang selain mempunyai jaringan antarabang­sa.

“Kami dalam organisasi peniaga di Lahad Datu juga bersedia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan agar hasrat kerajaan yang menghidupk­an semula perdaganga­n tukar barang ini dijayakan seterusnya akan merancakka­n aktiviti ekonomi di sini.

 ??  ?? AZRAN (kanan) dan jawatankua­sa SCBTA ketika perjumpaan dengan Ayub (dua kanan).
AZRAN (kanan) dan jawatankua­sa SCBTA ketika perjumpaan dengan Ayub (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia