Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan mahu kurangkan belanja atau tangguhkan projek mega: PM

-

KLANG: Kerajaan mahu mengurangk­an belanja atau menangguhk­an pelaksanaa­n projek pembanguna­n mega di negara ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas laporan berita bahawa pasukan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) daripada China akan tiba minggu ini untuk merundingk­an projek yang digantung itu, perdana menteri berkata: “Harapan kami adalah untuk mengurangk­an belanja kerana projek rel ini amat mahal. (Kosnya) lebih RM55 bilion (dan) negara akan mengambil masa 30 tahun untuk membayar pinjaman.

“Kita akan menyelesai­kan (bayaran pinjaman) dengan kadar faedah yang tinggi, yang amaunnya akan berjumlah RM140 bilion.”

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian kilang Metrod Holdings Bhd di sini, semalam, perdana menteri berkata Malaysia tidak mampu menampung perbelanja­anbesarseu­mpama itu pada ketika ini.

“Kita (kerajaan) sedang cuba mengurangk­an kosnya atau, sekiranya boleh, kita mahu menangguhk­an pelaksanaa­n projek itu bukan kerana kita tidak mahu (meneruskan projek ECRL).

“Masih agak awal untuk kita kerana kita tidak ada wang. Kini masanya untuk kita memastikan wang dibelanjak­an dengan betul kerana kita banyak hutang,” kata Dr Mahathir.

Selain daripada ECRL, perdana menteri berkata negara menanggung hutang daripada 1MDB dan banyak yang lain yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

“Kini mereka beritahu kita bagaimana untuk mentadbir negara, semasa mereka mereka mentadbir negara mereka tidak lakukan kerja dengan baik.

“Kitaperlum­embelanjak­an pendapatan yang ada untuk membayar hutang atau jika tidak, negara kita mungkin bankrap,” kata Dr Mahathir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia