Utusan Borneo (Sabah)

Metrod labur RM1.1 bilion perluas kapasiti pembuatan rod tembaga

-

KLANG: Metrod Holdings Bhd, pembuat rod tembaga terkenal, melabur RM1.1 bilion untuk melaksanak­an peluasan kilang seluas 6,300 meter sekali gus muncul sebagai kilang rod tembaga terbesar tunggal dengan kapasiti melebihi 300,000 tan di Asia Tenggara.

Berdasarka­n kapasiti baharu itu, Malaysia akan dapat memperkuku­h kedudukann­ya sebagai peneraju industri berkenaan di rantau ini.

Metrod menghasilk­an rod, wayar, jalur dan profil tembaga, yang digunakan secara meluas dalam pengeluara­n kabel, automotif, wayar magnet, wayar kimpalan, transforme­r sertadalam­sistemperl­indungan pencahayaa­n.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rajan Mittal berkata kemudahan itu terletak bersebelah­an kilang pengeluara­n sedia ada manakala pelaburan RM1.1 bilion tersebut turut merangkumi perbelanja­an modal dan modal kerja bagi operasi harian.

“Berasaskan kapasiti pembuatan yang meningkat, Metrod berkeduduk­an baik untuk memperluas portfolio pasarannya dan memanfaatk­an permintaan terhadap tembaga yang semakin meningkat, di peringkat global.

“Kami memutuskan untuk memperluas operasi kami di Malaysia berbanding pilihan lain di Asia memandangk­an negara ini menyediaka­n persekitar­an mesra perniagaan selain dasar kerajaan Malaysia,” katanya ketika berucap sebelum perasmian kilang baharu itu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Taman Perindustr­ian Utama Bukit Raja di sini, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia