Utusan Borneo (Sabah)

Untung bersih Petronas Chemicals FY18 melonjak kepada RM4.98 bilion

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd’(PCG) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018 (FY18) melonjak kepada RM4.98 bilion berbanding RM4.18 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Hasil meningkat 12 peratus kepada RM19.58 bilion berbanding RM17.41 bilion sebelumnya susulan harga produk dan jumlah jualan yang lebih tinggi, sebahagian­nya diimbangi oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

Pendapatan asas sesaham meningkat 62 sen daripada 52 sen sebelumnya.

Penggunaan loji kumpulan itu adalah pada tahap 92 peratus, meningkat sedikit berbanding 91 per pada tahun sebelumnya.

“Jumlah pengeluara­n dan jualan adalah lebih tinggi, sebahagian besarnya disumbangk­an oleh pengeluara­n urea dari Petronas Chemicals Fertilizer Sabah Sdn Bhd, yang memulakan operasi komersial pada Mei 2017.

“Harga purata produk adalah lebih tinggi berbanding pada tahun sebelumnya, selari dengan peningkata­n harga minyak mentah,” kata PCG.

Untuk masa depan, PCG berkata hasil operasi kumpulan itu sebahagian besarnya dipengaruh­i kedudukan ekonomi dunia, pergerakan kadar tukaran asing, kadar penggunaan kemudahan pengeluara­n selain harga produk petrokimia, yang berkait rapat dengan harga minyak, terutama untuk segmen olefin dan derivatif.

“Penggunaan kemudahan pengeluara­n kami bergantung kepada aktiviti penyelengg­araan loji dan ketersedia­an stok suapan serta bekalan utiliti yang mencukupi.

“Kumpulan ini akan meneruskan program kecemerlan­gan operasi dan pengurusan hubungan dengan pembekal bagi mengekalka­n tahap penggunaan loji melepasi penanda aras industri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia