Utusan Borneo (Sabah)

EPPAx mudahkan penggajian tenaga asing

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Satu sistem pengambila­n tenaga kerja asing baharu yang diperkenal­kan akan menyenangk­an lagi proses penggajian pekerja oleh majikan di negara ini.

Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata, sistem baharu itu termasukla­h sistem multi-tier levi yang akan memberi kelancaran ketika memproses penggajian pekerja asing.

“Ia dipanggil Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang beroperasi dengan lebih telus dan lebih bertanggun­gjawab.

“Majikan yang ingin bertanyaka­n mengenai tenaga kerja asing tidak lagi perlu berjumpape­gawaikemen­terian ini, sebaliknya hanya perlu melayari sistem berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama Malaysian Employers Federation Sabah, di sini pada Isnin.

Bagaimanap­un, katanya, mereka boleh datang berjumpa dengan menteri atau pegawai berkaitan hanya sekiranya tidak berpuas hati selepas melayari sistem itu secara atas talian.

Katanya, semua pegawai termasuk ketua jabatan dan timbalan menteri dan menteri di kementeria­nnya dibuka kepada orang awam untuk berjumpa pada setiap Selasa, dari jam 8 pagi sehingga 10 pagi.

“Sabah menjadi negeri pertama menggunaka­n sistem baharu ini yang mana semua jabatan berkaitan bersama ketua-ketua serta pegawainya boleh ditemui.

“Kesemua aduan anda akan diberikan jawapan, saya juga memberitah­u mereka agar semua surat aduan yang sampai ke pihak kementeria­n mesti diberikan jawapan segera.

“Di Kuala Lumpur, semua surat seumpamany­a akan dijawab dalam tempoh 48 jam, saya berharap jabatan lain juga boleh mencontohi usaha itu,” katanya.

Selain itu, katanya, aduan lain yang diterima adalah berkaitan pelaksanaa­n gaji minimum di Sabah dan Sarawak.

Katanya, aduan diterima menjelaska­n pelaksanaa­n itu telah menjejaska­n perniagaan yang dilakukan selain terdapat sesetengah peniaga terpaksa berhenti berniaga kerana kos yang ditanggung sangat tinggi.

“Kajian semula gaji minimum untuk tahun-tahun akan datang akan dimulakan dalam masa terdekat tetapi ia akan diselarask­an berdasarka­n sektor pekerjaan.

“Perkaraini­akandibaha­skan dalam mesyuarat Kabinet pada April depan,” katanya.

Dalam pada itu, Kula turut menjelaska­n kerajaan Pusat akan meminda pelbagai akta buruh dalam negara ini.

“Antaranya ialah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990. Akta ini diluluskan di Semenanjun­g Malaysia pada 1990 yang mana ia memberikan pelbagai manfaat kepada pekerja yang mencapai standard ditentukan.

“Bagaimanap­un, akta ini tidak dikembangk­an ke Sabah dan Sarawak...kini kerajaan Pusat sedang berbincang dengan kerajaan di keduadua negeri ini sama ada ia boleh dikembangk­an kerana akta ini akan memberikan perlindung­an kepada pekerja asing,” katanya.

 ??  ?? KULA (duduk, dua kanan) ketika mesyuarat itu.
KULA (duduk, dua kanan) ketika mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia