Utusan Borneo (Sabah)

Public Investment Bank jangka inflasi meningkat kepada 1.6 peratus tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Public Investment Bank menjangkak­an kadar inflasi akan meningkat kepada 1.6 peratus tahun ini, didorong oleh kesan asas yang tidak menguntung­kan, impak cukai tidak langsung setahun penuh serta pemulihan harga minyak.

Dalam nota penyelidik­an semalam, ia berkata pengapunga­n harga petrol mungkin menambah momentum inflasi walaupun ia mungkin tidak terlalu ketara disebabkan harga petrol ditambat pada RM2.20 seliter.

“Sasaran indeks harga pengguna (IHP) yang lebih rendah pada 2019 pada 1.6 peratus daripada 2.2 peratus sebelum ini,dibuat selepas mengambil kira impak IHP yang lebih besar daripada jangkaan pada Januari berikutan penurunan 13.5 peratus tahun ke tahun harga petrol (RON95) selain impak prospek 12.1 peratus pada harga petrol kepada IHP teras pada Februari.

“IHP teras boleh meningkat melepasi 2.0 peratus jika keputusan rundingan perdaganga­n China-Amerika mencapai persepakat­an yang baik, apabila harga komoditi global akan meningkat,” katanya.

Sementara itu, firma penyelidik­an itu menjangkak­an kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 2019.

“OPR pada 3.25 peratus secara menyeluruh dilihat sebagai akomodatif dan kondusif bagi ekonomi, tahap yang akan menstabilk­an inflasi dan pekerjaan.

“Kami mengulangi unjuran bahawa OPR mungkin tertakluk kepada perubahan sekiranya prospek pertumbuha­n menurun kepada 4.0 peratus atau lebih rendah atau menaik sehingga 6.0 peratus dan melepasiny­a, dengan kedua-dua prospek tersebut mungkin tidak berlaku pada masa ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia