Utusan Borneo (Sabah)

PERANTIM mampu lonjak ekosistem industri peranti perubatan

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) semalam melancarka­n Persatuan Perkilanga­n Peranti Perubatan (PERANTIM) bagi memperkasa­kan agenda industri peranti perubatan (bukan sarung tangan perubatan) di peringkat perdaganga­n global selain memacu ekosistem industri tersebut.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming said PERANTIM turut berperanan sebagai platform bagi pengeluar peranti perubatan yang dimiliki atau beroperasi di peringkat tempatan untuk saling bertukar pandangan mengenai kepentinga­n industri tersebut.

“PERANTIM telah ditubuhkan empat bulan lepas. Ini merupakan permulaan yang baik kerana pengeluar peranti perubatan tempatan berdepan banyak isu yang perlu diselaras dan ditangani oleh pihak berkepenti­ngan termasuk kementeria­n dan agensi yang berbeza,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran persatuan itu di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi PERANTIM, NC Leow berkata persatuan itu menyasarka­n untuk muncul sebagai entiti penggiat industri berkomunik­asi mengenai isu dan peluang dengan pihak kementeria­n dan agensi berkaitan.

“Pada masa ini kami dianggotai tujuh ahli jawatankua­sa dan berharap angka itu dapat ditambah kepada 40 dalam masa dua bulan ini.

“Kami juga teruja untuk bekerjasam­a erat dengan kerajaan bagi membangunk­an lagi industri ini. Malah, kami yakin Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai penggiat global dalam industri itu, khususnya dalam bidang produk perubatan guna habis,” katanya.

Menurut Leow, seramai 70-80 pengeluar tempatan terbabit dalam penghasila­n peranti perubatan itu pada masa ini dengan pasaran eksportnya termasuk ke Amerika Syarikat, Eropah, Australia, China, Taiwan, India dan negara-negara Afrika.

Persatuan itu dilancarka­n bersempena penganjura­n seminar bertajuk Prospek dan Perkembang­an Pengawalse­liaan Industri Peranti Perubatan Global yang dianjurkan bersama oleh MATRADE dan PERANTIM.

Seminar itu dianjurkan bagi mengetenga­hkan butiran prestasi eksport peranti perubatan Malaysia yang turut buat pertama kalinya berjaya melepasi angka RM20 bilion dan mencecah RM22.97 bilion pada 2018.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Sharimahto­n Mat Salleh berkata eksport industri peranti perubatan menyaksika­n perubahan ketara berbanding sarung tangan perubatan yang tradisiona­l.

“Bagaimanap­un, sejak lima tahun lepas, produk dan instrumen perubatan guna habis telah meningkat secara mendadak,” katanya.

Pertumbuha­n eksport sarung tangan bukan perubatan bagi tempoh 2013 hingga 2018 adalah 15.2 peratus berbanding 9.4 peratus bagi sarung tangan perubatan.

Produk sarung tangan bukan perubatan Malaysia yang dieksport termasuk instrumen, peralatan dan peranti perubatan, tiub katerer, picagari serta jarum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia