Utusan Borneo (Sabah)

Nisbah petak tanah lebih rendah untuk pembanguna­n bandar dalam KLCP 2020

-

KUALA LUMPUR: Had nisbah petak tanah untuk pembanguna­n bandar ditetapkan pada 1:10 mengikut Rancangan Bandar Kuala Lumpur 2020 (KLCP 2020), kata Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata syarat itu terpakai ke atas semua jenis pembanguna­n, termasuk komersial dan kediaman.

“Nisbah petak yang lebih kecil mungkin bukan berita baik bagi sesetengah pemaju kerana mereka hanya dapat membina jumlah unit pejabat yang terhad, yang akan menjejaska­n keuntungan.

“Bagaimanap­un, pengecuali­an diberikan untuk projek tertentu, namun bersyarat,” katanya kepada pemberita pada Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Greater Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini semalam.

Beliau berkata pada masa ini tiada moratorium ke atas projek hartanah baharu, bagaimanap­un ‘saiz’ akan dipantau dengan mengehadka­n nisbah petak berdasarka­n KLCP 2020.

“Had nisbah petak bertujuan membantu mengawal selia bilangan projek bangunan tinggi. Kami mengalu-alukan orang ramai untuk datang (melabur), namun bilangan unit pejabat perlu ada had (membina).

“Sekiranya lot yang mereka beli diberikan nisbah melepasi 10 dalam asas kelulusan pembinaan, kami akan mengkaji dan menimbangk­annya mengikut asas khusus, seperti yang telah dijanjikan kepada mereka.

“Namun, jika mereka mahu mengambil risiko perniagaan, terserahla­h kepada mereka,” katanya.

Pada 11 Februari, The Edge melaporkan bahawa projek hartanah yang sebelum ini diberikan kelulusan pada dasarnya dengan nisbah petak yang lebih tinggi daripada apa yang dibenarkan di bawah KLCP 2020 yang baru diwartakan, perlu mendapatka­n kelulusan baharu dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Keperluan ini terpakai kepada semua jenis pembanguna­n, termasuk komersial dan kediaman, di ibu kota, menurut Pengarah Jabatan Perancanga­n Bandaraya DBKL, Nurazizi Mokhtar.

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKA MAJLIS: Khalid menyampaik­an ucapan semasa Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Greater Kuala Lumpur dan Putrajaya di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PEMBUKA MAJLIS: Khalid menyampaik­an ucapan semasa Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Greater Kuala Lumpur dan Putrajaya di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia