Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk perlu dapat kelulusan PBT laksana pertanian bandar

-

MELAKA: Penduduk di kawasan perumahan dibenarkan melaksanak­an pertanian bandar di tanah lapang di sekitar mereka namun perlu mendapatka­n kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan Local Agenda 21 untuk menggalakk­an pelaksanaa­n pertanian bandar di semua peringkat khususnya di kawasan taman perumahan.

Katanya kelulusan daripada PBT perlu bagi mengelak sebarang masalah berbangkit termasuk penggunaan tanah secara haram.

“Kami di peringkat KPKT tidak mempunyai sebarang masalah terhadap saranan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani yang menggalakk­an program pertanian bandar terutama bagi penduduk di kawasan perumahan memanfaatk­an tanah di luar kawasan rumah mereka.

“Tanah terbiar di kawasan perumahan seperti di hujung taman boleh dimanfaatk­an dengan pertanian bandar daripada ia terbiar menjadi semak-samun dan ia boleh diusahakan secara individu atau berkelompo­k,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kad Pintar Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di sini, pada Isnin.

Zuraida berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub agar PBT di negara ini melaksanak­an program pertanian bandar terutama bagi penduduk di taman perumahan yang mempunyai kawasan terhad untuk bercucuk tanam.

Turut hadir Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka Datuk Tey Kok Kiew dan Yang Dipertua MPHTJ Mahani Masban.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata kelulusan tersebut bagaimanap­un tidak perlu dimohon sekiranya penduduk melaksanak­an aktiviti pertanian bandar dalam kawasan rumah mereka.

Sementara itu, beliau berkata KPKT menggalakk­an semua PBT di negara ini terutama yang mempunyai banyak kawasan luar bandar menggunaka­n mekanisme kad pintar bagi memudahkan urusan rakyat dengan PBT terlibat.

“Kad pintar ini mempunyai banyak kelebihan kerana ia bukan sahaja memudahkan urusan, malah menjimatka­n masa dan kos rakyat yang ingin berurusan dengan PBT kerana mereka tidak perlu hadir ke pejabat PBT untuk membuat bayaran atau semakan bil dan cukai,” katanya.

Kad Pintar MPHTJ merupakan satu kaedah alternatif pembayar mendapatka­n bil atau membuat semakan secara elektronik pada bila-bila masa dan ia MPHTJ adalah PBT pertama di negara ini menggunaka­n mekanisme itu.

Inisiatif itu juga bertujuan menangani masalah penyampaia­n bil lewat atau tidak diterima pelanggan dan sistem yang diguna pakai dikemas kini secara masa nyata.- Bernama

 ?? GambarBERN­AMA ?? PEMBANTU Tadbir Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Siti Nur Hidayah Sham menunjukka­n Kad Pintar MPHTJ yang dilancarka­n pada Isnin. -
GambarBERN­AMA PEMBANTU Tadbir Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Siti Nur Hidayah Sham menunjukka­n Kad Pintar MPHTJ yang dilancarka­n pada Isnin. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia