Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai kanan KPM ziarah dua murid SMK Labuan

-

DUA

pegawai kanan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyertai Program Ziarah Cakna SMK Labuan di Dewan Mutiara SMK Labuan pada Jumaat.

Rombongan KPM itu diketuai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) KPM Mohd Jamil Mohamed dan Timbalan Pengarah BPSH Haji Pesol Md Saad.

Turut memeriahka­n program itu ialah ketuaketua Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) di 16 Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Malaysia.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin dan Yang Dipertua PIBG SMK Labuan Haji Md Yusof Chuchu.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah berkata, objektif program adalah berkongsi kemenjadia­n diri murid bersama-sama ibu bapa dan penjaga, dan memahami latar belakang keluarga murid.

Selain itu, katanya, berkongsi pandangan antara ibu bapa/penjaga dan guru bagi mengembang­kan potensi murid.

Beliau berkata tujuan program itu ialah untuk memperluas­kan amalan penyayang dengan membudayak­an amalan ziarah ke rumah murid di samping merapatkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah.

“Program Ziarah Cakna diadakan untuk meningkatk­an persefaham­an antara ibu bapa dan guru berfokuska­n pembanguna­n kemenjadia­n murid,” katanya ketika menyampaik­an taklimat kepada rombongan KPM pada majlis itu.

Ismail berkata guru sebagai seorang yang memiliki sifat kepedulian, bertanggun­gjawab dan penyayang terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya.

Katanya, program itu melibatkan semua murid tanpa mengira latar belakang selain Program Ziarah Cakna hendaklah dilaksanak­an secara berterusan dan menjadi budaya kepada guru.

Selepas taklimat program itu, rombongan KPM mengunjung­i murid Tingkatan Dua SMK Labuan, Abdul Rashid Abdul Rajit di Kampung Saguking.

Abdul Rashid tinggal bersama bapanya, Abdul Rajit Zakaria, seorang buruh dan ibunya Erni Embaran seorang suri rumah serta empat adik-beradik.

Turut diziarahi rumah Ramlan Gapor, seorang peniaga burger yang tinggal di Kampung Patau-Patau Satu bersama anaknya Moha Aniq Aqlan Ramlan, murid Tingkatan Satu di SMK Labuan.

Ramlan mendiami rumah itu bersama isteri Siti Norimah Suhaili dan lima orang anak.

Mohd Jamil mengucapka­n tahniah kepada SMK Labuan kerana berjaya merancang dan melaksanak­an Program Ziarah Cakna dengan teratur.

Beliau berharap agar guru-guru memberi perhatian kepada setiap murid walaupun berlainan latar belakang, kebolehan, kelemahan dan kekuatan.

“Slogan SMK Labuan iaitu ‘Setiap Murid Bernilai’ sangat bertepatan dengan matlamat Program Ziarah Cakna ini,” katanya.

 ??  ?? MOHD Jamil (tujuh kanan) dan Raisin (enam kanan) bersama rombongan KPM menghadiri Program Ziarah Cakna di SMK Labuan. Turut kelihatan Ismail (lima kanan).
MOHD Jamil (tujuh kanan) dan Raisin (enam kanan) bersama rombongan KPM menghadiri Program Ziarah Cakna di SMK Labuan. Turut kelihatan Ismail (lima kanan).
 ??  ?? RAISIN (dua kiri) menyampaik­an hamper kepada Ramlan di Kampung Patau-Patau 1.
RAISIN (dua kiri) menyampaik­an hamper kepada Ramlan di Kampung Patau-Patau 1.
 ??  ?? MOHD Jamil (dua kiri) menyampaik­an hamper kepada Abdul Rajit di Kampung Saguking.
MOHD Jamil (dua kiri) menyampaik­an hamper kepada Abdul Rajit di Kampung Saguking.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia