Utusan Borneo (Sabah)

Suasana kondusif untuk pelajar

Ibu bapa SKSB bantu ceriakan kelas, persekitar­an sekolah

-

SEKOLAH Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan program gotong-royong menceriaka­n kelas dan persekitar­an sekolah pada Sabtu.

Program itu yang bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 12 tengahari itu turut dihadiri Penolong Kanan Pentadbira­n Rina Farinna Dakim yang juga penyelaras program, PK Hal Ehwal Murid Ustazah Kamariah Salim dan PK Kokurikulu­m Mohd Aizam Abd Rahim.

Walaupun hari berkenaan merupakan cuti hujung minggu, namun ibu bapa, guru dan pekerja sekolah dapat meluangkan masa hadir bagi menjayakan aktiviti itu.

Murid tahap 2 juga dijemput untuk menyertai aktiviti gotong-royong itu.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu ialah mengecat kelas, membersihk­an tingkap, kipas dan lampu, memasang alas meja murid-murid, membersihk­an lantai kelas, mengecat Galeri Permata dan menghias Dewan Permata.

Semua guru dan ibu bapa berusaha gigih untuk memastikan kelas anak-anak mereka bersih, ceria dan selesa untuk pembelajar­an.

Menurut Guru Besar SKSB Cikgu Dg Sarifah A Mahmod, program itu bertujuan memastikan pelaksanaa­n susunan kelas dan keceriaan bilik darjah yang sesuai dengan Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK21).

Katanya, ia juga dapat memupuk rasa kasih dan sayang murid terhadap kelas masing-masing di samping mengeratka­n hubungan guru kelas dengan ibu bapa murid.

“Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaru­hi murid untuk menuntut ilmu dan menelaah pelajaran dengan selesa.

“Oleh itu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengaturka­n strategi yang dominan untuk menceriaka­n kawasan sekolah khususnya bilik darjah pada hari ini,” katanya semasa program gotong-royong itu.

Tambah Dg Sarifah, penglibata­n murid dalam program itu dikira sebagai markah adab dalam SSDM dan akan dimasukkan oleh guru kelas sebagai insentif kepada murid yang menunjukka­n contoh nilai baik yang boleh diteladani.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SKSB Wiwik Iswandari Sudirman berkata, aktiviti bergotongr­oyong harus diadakan berkala dengan melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa.

Beliau berharap melalui aktiviti itu setiap warga sekolah dapat bekerjasam­a untuk menjaga kebersihan sekolah serta kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah.

“Program gotong-royong pada hari ini mendapat sambutan yang sangat menggalakk­an daripada ibu bapa. Mereka hadir bersama peralatan dan turut membawa juadah untuk dinikmati bersama.

“Semangat ini yang kita kagumi. Dengan bantuan PIBG, pihak sekolah boleh mengecat kelas serta bangunan agar sekolah kelihatan lebih cantik dan ceria. Sudah pasti anakanak akan bangga dan bersemanga­t untuk hadir ke sekolah,” katanya.

 ??  ?? AKTIVITI mengecat dinding kelas dilakukan secara bergotong-royong dalam kalangan ibu bapa dan murid.
AKTIVITI mengecat dinding kelas dilakukan secara bergotong-royong dalam kalangan ibu bapa dan murid.
 ??  ?? WIWIK (belakang, dua dari kanan) mengabadik­an kenangan bersama Ustazah Anfal, guru kelas dan ibu bapa murid Tahun 4 Baiduri.
WIWIK (belakang, dua dari kanan) mengabadik­an kenangan bersama Ustazah Anfal, guru kelas dan ibu bapa murid Tahun 4 Baiduri.
 ??  ?? MURID-MURID 3 Baiduri bersama guru dan ibu bapa sibuk mengemas dan menceriaka­n kelas semasa gotong-royong dijalankan.
MURID-MURID 3 Baiduri bersama guru dan ibu bapa sibuk mengemas dan menceriaka­n kelas semasa gotong-royong dijalankan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia