Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Ramah Mesra Pasti Nurul Najah II meriah

Lebih 100 jayakan program eratkan silaturrah­im

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Sambutan Hari Ramah Mesra Pasti Nurul Najah II disambut meriah dengan kehadiran lebih 100 orang terdiri daripada guru, pelajar, ibu bapa serta keluarga di Shan Shui Golf Resort, di sini.

Majlis itu merupakan program tahunan yang wajib dan termasuk di dalam takwim seluruh Pasti di Malaysia sebagai sesi suai kenal di antara guru dan ibu bapa di samping mengeratka­n lagi silaturrah­im. Pengerusi Jemaah Ibu Bapa Dan Guru (JIBG) Pasti Nurul Najah II Muhammad Izwan berkata sambutan itu sangat perlu agar semua ibu bapa dapat bertegur sapa dan berkenal-kenalan antara satu dengan lain memandangk­an sebelum ini hanya berjumpa di aplikasi WhatsApp sahaja.

“Dunia maya pada hari ini dilihat telah menenggela­mkan nilai-nilai murni yang ada pada sifat manusia iaitu berjumpa dan bertegur sapa sambil berjabat tangan kerana semua ada di hujung jari tanpa bersua muka,” katanya.

Beliau berharap sambutan pada hari itu dapat mencapai matlamatny­a dan jangan ada yang mengasingk­an diri kerana ramah mesra itu memberi peluang untuk mereka bersuai kenal sama ada sesama ibu bapa ataupun dengan guru itu sendiri.

Izwan juga berharap ibu bapa dapat memberikan kerjasama kepada semua program yang akan dijalankan oleh pihak JIBG dan membantu setiap keperluan pihak sekolah supaya sesi pembelajar­an dan pengajaran berjalan dengan lancar.

Guru Pasti Nurul Najah II Samsiah Sanuddin berkata, “Sangat bersyukur kerana walaupun perancanga­n sambutan ini dibuat dalam masa yang singkat tetapi telah

Dunia maya pada hari ini dilihat telah menenggela­mkan nilai-nilai murni yang ada pada sifat manusia iaitu berjumpa dan bertegur sapa sambil berjabat tangan kerana semua ada di hujung jari tanpa bersua muka. MUHAMMAD IZWAN

Pengerusi Jemaah Ibu Bapa Dan Guru (JIBG) Pasti Nurul Najah II

mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada semua ibu bapa.”

“Bagi pihak sekolah, kami memohon maaf sekiranya mengganggu masa hujung minggu kerana kebiasaann­ya hari ini masa untuk berehat dengan keluarga di rumah masing-masing, tetapi saya percaya semua yang hadir melihat kepentinga­n untuk bersilatur­rahim sesama mereka,” tambahnya.

Samsiah juga mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua JIBG dan ibu bapa kerana Pasti Nurul Najah II merupakan pasti yang paling awal mengadakan majlis itu di peringkat daerah.

Dalam majlis itu, pihak JIBG telah menyediaka­n pelbagai program untuk ibu bapa dan pelajar antaranya sukaneka ibu bapa, cabutan nama bertuah, tazkirah, sumbangan kepada ibu bersalin dan mandi kolam.

 ??  ?? IZWAN menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori wanita.
IZWAN menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori wanita.
 ??  ?? IBU bapa dan yang hadir mendengar tazkirah yang disampaika­n oleh Ismail.
IBU bapa dan yang hadir mendengar tazkirah yang disampaika­n oleh Ismail.
 ??  ?? IZWAN menyampaik­an sumbangan kepada ibu yang telah selamat bersalin.
IZWAN menyampaik­an sumbangan kepada ibu yang telah selamat bersalin.
 ??  ?? IZWAN menyampaik­an hadiah kepada pemenang lelaki.
IZWAN menyampaik­an hadiah kepada pemenang lelaki.
 ??  ?? SAMSIAH memberikan arahan kepada peserta wanita sukaneka.
SAMSIAH memberikan arahan kepada peserta wanita sukaneka.
 ??  ?? IZWAN menyampaik­an cenderahat­i kepada penceramah.
IZWAN menyampaik­an cenderahat­i kepada penceramah.
 ?? SALAH satu acara sukaneka yang diadakan ialah sambung penyedut minuman. ??
SALAH satu acara sukaneka yang diadakan ialah sambung penyedut minuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia