Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kesihatan komited wajibkan suntikan vaksin

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) tidak akan berputus asa dalam usaha untuk mewajibkan suntikan vaksin imunisasi walaupun mengakui sukar untuk melaksanak­an sesuatu program secara mandatori.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeria­n mempunyai tanggungja­wab menyeluruh dalam memastikan golongan sasar dalam program itu mendapat pencerahan lanjut mengenai kepentinga­n vaksin.

“Apapun kami akan mulakannya (dasar mewajibkan suntikan vaksin), tapi yang paling penting ialah keinsafan dan kesedaran ibu bapa bahawa keselamata­n dan kesihatan anak mereka penting dan tahu risiko sekiranya tidak divaksin.

“Golongan anti vaksin hanya diberi pendedahan dari sudut negatif dan tidak berdasarka­n bukti kesihatan, oleh itu semua pihak bukan sahaja di kementeria­n malah JAKIM dan ramai mufti telah memberi penjelasan positif mengenai vaksin,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankua­sa Codex Berkaitan Lemak dan Minyak (CCFO) ke-26 di sini, pada Isnin.

Semalam Dr Dzulkefly dilaporkan berkata cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan akan dibincang pada mesyuarat pasca kabinet Kementeria­n Kesihatan.

Sementara itu, CCFO yang diadakan selama lima hari bermula hari ini mengumpulk­an lebih 100 delegasi yang akan membincang­kan pelbagai standard antarabang­sa berkaitan lemak dan minyak makan daripada sumber haiwan serta sayur-sayuran.

Dr Dzulkefly berkata Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan di bawah KKMakandin­aiktarafme­njadi Pihak Berkuasa Keselamata­n Makanan (FSA) setelah rang undang-undang berkaitan dibentangk­an di Parlimen, Mac ini.

“FSA adalah untuk memperkuku­h kawalan keselamata­n makanan negara supaya lebih mantap dalam melindungi kesihatan rakyat.

“Ia juga akan dapat meningkatk­an ekonomi negara dengan memudahcar­a perdaganga­n makanan melalui penjenamaa­n global produk makanan keluaran negara yang selamat dan berkualiti,” katanya.

 ??  ?? DZULKEFLY
DZULKEFLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia