Utusan Borneo (Sabah)

Doula Doula perlu tampil bincang dengan KKM bagi penyelesai­an terbaik

-

KUALA LUMPUR: Golongan ‘doula’ (pembantu ketika proses kelahiran) disaran tampil mengadakan sesi janji temu dengan pihak Kementeria­n Kesihatan (KKM) bagi mendapatka­n maklum balas mengenai amalan tersebut.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendekatan tersebut perlu kerana amalan doula memerlukan satu pengurusan yang baik kerana ia melibatkan aspek kesihatan dan nyawa seseorang.

“Kita perlu adakan perbincang­an dengan mereka secara langsung, sebab akhirnya jika kita benar-benar mahu mengizinka­n amalan doula, ia mesti dilakukan dengan penuh tanggungja­wab, prosedur operasi standard (SOP), dan syarat yang tersendiri.

“Mesyuarat pasca kabinet sering kali membincang­kan perkara ini, bahawa perbincang­an harus diadakan dan amalan itu perlu melalui pemerhatia­n dan pengurusan baik supaya tidak timbul kemudarata­n. Kita mahu mengadakan janji temu untuk mereka tampil ke hadapan, sama ada individu, kumpulan atau organisasi untuk kita wujudkan amalan lebih baik dan elak kemudarata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankua­sa C o d e x Berkaitan Lemak dan Minyak (CCFO) ke-26 di sini, pada Isnin.

Doula adalah pembantu atau peneman semasa proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi serta maklumat berkaitan kehamilan dan kelahiran seperti cara meneran dan bernafas.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata doula mempunyai sudut positifnya tersendiri namun kebaikanny­a tidak seharusnya diatasi dengan kemudarata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia