Utusan Borneo (Sabah)

RHB Research jangka kadar inflasi pada 1.5 peratus hingga 2.5 peratus pada 2019

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute menjangkak­an inflasi teras mencatatka­n paras 1.5 peratus hingga 2.5 peratus pada 2019, berbanding satu peratus pada 2018, berikutan pemulihan harga minyak global.

Dalam notanya semalam, firma penyelidik­an itu berkata harga minyak pulih secara beransur-ansur bulan ini berikutan penguranga­n pengeluara­n oleh Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC).

OPEC mengulangi komitmen mereka untuk membendung pengeluara­n minyak, usaha yang akan menyaksika­n peningkata­n harga minyak.

“Kami percaya tekanan inflasi akan mula meningkat pada separuh kedua tahun ini berikutan harga bahan api yang lebih tinggi dan asas rendah ekoran tempoh tanpa cukai (GST) (Jun-Ogos 2018),” katanya. Secara keseluruha­nnya, tekanan inflasi semakin reda pada bulan-bulan sebelum ini susulan penurunan harga petrol.

Inflasi teras menyederha­na kepada 0.2 peratus tahun ke tahun pada Januari 2019, daripada +0.4 peratus pada bulan sebelumnya dan +0.5 peratus pada November 2018.

Mengenai kadar dasar semalaman, RHB berpendapa­t Bank Negara Malaysia akan mengekalka­nnya pada 3.25 peratus untuk 2019 bagi mengekalka­n kestabilan ringgit.

“Walaupun terdapat beberapa ruang untuk pelonggara­n dasar ketika pertumbuha­n inflasi yang perlahan, paras kadar faedah semasa kekal akomodatif dan akan membantu mengekang pengaliran keluar aliran modal selain mengekalka­n kestabilan mat awang tempatan ,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia