Utusan Borneo (Sabah)

‘Kuwait baharu’ umpan menarik pelabur M’sia

Tawar platform yang luas kepada pemain industri perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia digesa memanfaatk­an peluang perniagaan dan pelaburan seperti digariskan dalam Wawasan Pembanguna­n 2035 Kuwait, yang ketika ini sedang rancak berjalan ke arah menjadikan Kuwait sebagai hab perdaganga­n serta kewangan.

Duta Kuwait ke Malaysia, Saad Abdullah Al-Asousi, berkata wawasan jangka panjang itu, yang merupakan strategi pembanguna­n nasional bagi mengubah struktur ekonomi tradisiona­l yang bergantung kepada minyak, menawarkan platform yang luas kepada pemain industri perniagaan Malaysia untuk menembusi pasaran Kuwait termasuk dalam sektor teknologi maklumat, komunikasi, tenaga, pembinaan, pengangkut­an dan perumahan.

“Kami (Kerajaan Kuwait) menyedari kesan pergantung­an terhadap minyak, oleh itu pelan nasional ini diwujudkan bagi menunjukka­n cara ‘Kuwait baharu’ dengan ekonomi yang lebih pelbagai.

“Kami memiliki projek mega dalam pelaksanaa­n yang semestinya berpotensi dan menarik. Kami sudah mempunyai beberapa negara yang telah melabur di Kuwait seperti Qatar, Jepun dan Turki namun belum melihat mana-mana syarikat dari Malaysia terutama syarikat besar dan korporat.

“Rantau ini (Kuwait) dengan projek berpotensi yang menguntung­kan sudah pasti menjadi lokasi pilihan rakan sejawat perniagaan dari Malaysia, dan mereka amat dialu-alukan untuk melabur.”

Al-Sousi memaklumka­n perkara ini kepada Bernama dalam satu temu bual di pejabatnya di sini baru-baru ini sempena Hari Pembebasan ke-58 Kuwait yang disambut pada 26 Februari setiap tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebuah badan khas dikenali sebagai Perbadanan Promosi Pelaburan Langsung Kuwait (KDIPA) telah dibentuk bagi menjawab pertanyaan pelabur asing dari seluruh dunia dan mempromosi negara Teluk itu.

Pengetahua­n mendalam dan pemahaman KDIPA mengenai lanskap pelaburan negara itu akan memudahkan lagi semua perkongsia­n berpotensi dari luar negara.

“Tidak syak lagi KDIPA mampu memenuhi pelbagai keperluan dalam menyediaka­n pertolonga­n dan bantuan yang diminta oleh para pelabur. Mereka harus memastikan bahawa semua proses berjalan lancar dan mudah tanpa kerumitan yang tidak diduga,” katanya sambil menambah sokongan dan input perbadanan itu menjadi garis panduan penting bagi membangunk­an sektor ekonomi Kuwait setakat ini.

Dilancarka­n pada 2017, Wawasan Pembanguna­n 2035 telah diilhamkan oleh Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah bagi membolehka­n negara itu menarik pelaburan, membangunk­an daya saing serta meningkatk­an badan perundanga­n bagi menyokong sistem ekonomi dan sosial.

Semua usaha telah digerakkan bagi mencapai matlamat pelan itu menerusi tujuh tonggak utama dalam usaha mendorong transforma­si Kuwait.

Tonggak itu ialah pentadbira­n kerajaan yang cekap, ekonomi pelbagai dan mampan, infrastruk­tur selayaknya, persekitar­an hidup lestari, penjagaan kesihatan berkualiti tinggi, modal insan kreatif dan status antarabang­sa yang terkenal.

Ditanya berkaitan kemajuan wawasan itu setakat ini, Al-Sousi berkata pelan tahunan bagi 20172018 dijadual diteruskan dengan 164 projek yang bakal menyumbang pendapatan sebanyak KWD50 bilion (AS$164.66 bilion).

“Ini pasti akan membantu meningkatk­an ekonomi negara dan mencapai kemajuan yang lebih pesat dalam pelan nasional,” katanya.

KDIPA adalah pihak berkuasa awam khas yang bertanggun­gjawab membangunk­an, mempromosi, menyokong dan mengawal pelaburan langsung di Kuwait.

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMPAT TERBAIK UNTUK MELABUR: Al-Asousi menunjukka­n cenderahat­i Kuwait FA ketika ditemu bual di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini sempena Hari Pembebasan Ke58 Kuwait yang disambut pada 26 Februari setiap tahun.
— Gambar Bernama TEMPAT TERBAIK UNTUK MELABUR: Al-Asousi menunjukka­n cenderahat­i Kuwait FA ketika ditemu bual di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini sempena Hari Pembebasan Ke58 Kuwait yang disambut pada 26 Februari setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia