Utusan Borneo (Sabah)

Voluntouri­sm Pulau Omadal didik penduduk setempat

didik penduduk setempat

- AKTIVITI mengutip sampah dijalankan oleh penduduk kampung. -Artikel Jabatan Penerangan

BAGI mendekatka­n hubungan di antara pemain industri dengan masyarakat tempatan, Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Sabah dengan kerjasama Persatuan Pelanconga­n Semporna (PPS) menganjurk­an program Voluntouri­sm Pulau Omadal di Semporna.

KELESTARIA­N PRODUK PELANCONGA­N

Menurut Ketua Program Annuar Abdullah atau lebih dikenali sebagai ND, program berkenaan turut bertujuan mendidik penduduk setempat mengenai penjagaan kesihatan dan alam sekitar bagi memastikan kelestaria­n produk pelanconga­n di negeri ini terutamany­a di Semporna.

“Seperti yang kita tahu, Semporna menjadi tumpuan kepada para pelancong yang bukan sahaja ingin menikmati keindahan pulau, karangan laut tetapi juga budaya masyarakat setempat dan masyarakat Pala’u atau Orang Laut.

“Oleh demikian, bagi meningkatk­an kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar kepada mereka bagi kelestaria­n dan kelangsung­an industri pelanconga­n, MOTAC Sabah bersama PPS mengambil inisiatif menganjurk­an program voluntouri­sm ini,” katanya.

TINJAU KEPERLUAN PENDUDUK

ND berkata, sebelum menganjurk­an program berkenaan, pihaknya telah turun padang bagi mengadakan tinjauan awal keperluan penduduk di pulau berkenaan agar objektif program dapat dicapai.

“Memandangk­an ini adalah program pertama anjuran PPS, kita berharap ia akan meninggalk­an impak yang baik kepada masyarakat setempat dan juga kepada pihak penganjur.

“Setelah beberapa kali ke sini, kita dapat maklumat penduduk kampung memerlukan pemeriksaa­n kesihatan dan bekalan ubat-ubatan memandangk­an perjalanan untuk ke hospital agak jauh selain untuk membantu masyarakat

Pala’u.

“Kita telah berjaya membawa lebih 10 orang doktor serta jururawat dari hospital kerajaan dan swasta untuk memberi perkhidmat­an saringan kesihatan dan pendidikan menggosok gigi kepada 100 kanak-kanak di pulau ini.

“Syukur, dengan kerjasama baik yang diberikan, kami berjaya mengumpul lebih 300 peserta dan turut berjaya mengumpul hampir 120 kilogram botol-botol plastik dalam aktiviti gotong royong pada program berkenaan.

“Botol-botol ini akan dihantar ke Rumah Tetamu ND Divers sebagai salah satu usaha mengadakan ‘Pusat Kitar Semula Terapung’ untuk kegunaan pertanian rumput laut di Pulau Bum Bum,” kongsinya kepada pemberita.

Aktiviti santai selama sehari di pulau berkenaan disertai seramai 73 sukarelawa­n dari Semporna, Keningau, Kudat, Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

SAMBUTAN MENGGALAKK­AN

Menurut salah seorang sukarelawa­n, Dr Chan Hai Feng, 29, rata-rata penduduk yang datang memberikan kerjasama sepenuhnya dan begitu teruja untuk mendapatka­n saringan kesihatan.

“Memandangk­an pulau ini tidak mempunyai klinik kesihatan, kehadiran kami begitu dialu-alukan oleh penduduk tempatan dan kita mendapat peserta semuda umur setahun hingga 70 tahun.

“Antara masalah yang kita dapat jumpa pada kanakkanak adalah kekurangan nutrisi, masalah penyakit kulit, cacing, kutu dan sebagainya.

“Manakala bagi golongan dewasa, kita memberi tumpuan kepada saringan penyakit Tuberculos­is (TB), kurang darah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

“Bagi masalah pesakit TB, kita akan maklumkan kepada Klinik Kesihatan Semporna untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Tambah Chan, ubatubatan seperti ubat selsema, gastrik, ubat muntah, cirit birit, ubat cacing dan vitamin turut diberikan kepada penduduk di pulau berkenaan.

PENGHARGAA­N

Bagi Ketua Kampung Pulau Omadal Mohd Jimlan Panglima Sabtu Hari, usaha yang dilaksanak­an oleh MOTAC Sabah dan PPS amat dihargai.

“Saya mewakili masyarakat di pulau ini amat berterima kasih kepada penganjur kerana memilih pulau ini sebagai lokasi program mereka.

“Segala perancanga­n berjalan dengan lancar dan teratur serta saya dapat lihat penduduk kampung gembira kerana selain dapat berjumpa dengan orang luar, mereka juga dapat menjalani saringan kesihatan tanpa perlu ke hospital di bandar.

“Kanak-kanak juga nampak teruja kerana dapat belajar cara menggosok gigi dengan betul dan ada di antara mereka pertama kali menggosok gigi.

“Nampak mudah tetapi ia merupakan pengalaman baharu kepada mereka.

“Sebagai wakil kepada penduduk pulau, saya juga mengalu-alukan kehadiran lebih banyak jabatan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk datang dan melawat Pulau Omadal sebagai destinasi pelanconga­n mereka,” katanya.

Untuk rekod, Pulau Omadal terletak kirakira satu jam perjalanan daripada bandar Semporna dengan menaiki bot dan didiami hampir satu ribu penduduk terdiri daripada Bajau dan Pala’u.

 ??  ??
 ??  ?? ANNUAR KANAK-KANAK menunjukka­n kad kesihatan dan berus gigi yang diperolehi. CHAN (kanan) memeriksa salah seorang kanak-kanak di pulau berkenaan. KANAK-KANAK memberus gigi selepas menikmati makan tengah hari. VITAMIN turut diberikan kepada kanak-kanak pada program itu. ANTARA yang mendapatka­n perkhidmat­an saringan kesihatan. JIMLAN gembira dengan program yang dianjurkan.
ANNUAR KANAK-KANAK menunjukka­n kad kesihatan dan berus gigi yang diperolehi. CHAN (kanan) memeriksa salah seorang kanak-kanak di pulau berkenaan. KANAK-KANAK memberus gigi selepas menikmati makan tengah hari. VITAMIN turut diberikan kepada kanak-kanak pada program itu. ANTARA yang mendapatka­n perkhidmat­an saringan kesihatan. JIMLAN gembira dengan program yang dianjurkan.
 ??  ?? (Gambar atas) WARGA emas turut beratur menunggu giliran mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan.
(Gambar kanan) SALAH seorang kanak-kanak mendapatka­n perkhidmat­an mengguntin­g rambut.
(Gambar atas) WARGA emas turut beratur menunggu giliran mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan. (Gambar kanan) SALAH seorang kanak-kanak mendapatka­n perkhidmat­an mengguntin­g rambut.
 ??  ?? KANAKKANAK beratur mendengar taklimat kesihatan.
KANAKKANAK beratur mendengar taklimat kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia