Utusan Borneo (Sabah)

Ceramah politik di Semenyih, Nazri disiasat bawah Akta Hasutan

Susulan kenyataann­ya dalam ceramah politik di Semenyih

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataann­ya dalam satu ceramah politik di Semenyih, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata satu laporan polis telah diterima setakat Isnin berhubung kes itu.

“Siasatan berhubung kes tersebut sedang dilakukan dan kita akan turut memanggil beberapa individu untuk dirakamkan keterangan mereka.

“Sebaik dilengkapk­an, kertas siasatan akan dikemukaka­n kepada timbalan pendakwa raya secepat mungkin bagi tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan majlis peringatan ulang tahun Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) ke-63 di sini pada Selasa.

Menurutnya kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Pada Isnin, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengecam kenyataan Mohamed Nazri dalam satu ceramah di Semenyih, yang dianggapny­a bertujuan mencetuska­n kebencian perkauman dan perasaan tidak puas hati bagi tujuan memenangi Pilihanray­a Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Pengerusin­ya Tan Sri Razali Ismail dilaporkan berkata demikian berhubung kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Nazri berkaitan pelantikan Ketua Hakim, Peguam Negara dan Menteri Kewangan dalam kalangan bukan kaum Melayu. Bernama

Siasatan berhubung kes tersebut sedang dilakukan dan kita akan turut memanggil beberapa individu untuk dirakamkan keterangan mereka. Sebaik dilengkapk­an, kertas siasatan akan dikemukaka­n kepada timbalan pendakwa raya secepat mungkin bagi tindakan seterusnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia