Utusan Borneo (Sabah)

‘Green Book’ filem terbaik di Oscar, nafi impian Netflix

-

FILEM kembara jalanan ‘Green Book’ menewaskan ‘Roma’ untuk memenangi Oscar bagi filem terbaik Ahad lepas untuk menafikan hak bercakap besar kepada Netflix sebagai servis striming pertama yang menewaskan Hollywood dalam permainann­ya sendiri.

Pengarah Mexico Alfonso Cuaron dipilih sebagai pengarah terbaik untuk ‘Roma’, perjalanan hitam putihnya yang sentimenta­l ke zaman kanak-kanaknya, dan filem itu memenangi dua anugerah Oscar lain, termasuk untuk bahasa asing terbaik.

Dalam kejutan terbesar pada malam itu, Olivia Colman dari Britain memenangi anugerah Oscar pertamanya bagi wataknya sebagai Ratu Anne, seorang permaisuri perengus dalam komedi sejarah terbitan Fox Searchligh­t ‘The Favourite’, yang menewaskan aktres yang diandaikan sebagai calon utama, Glenn Close, yang berlakon dalam ‘The Wife’.

“Ia sesungguhn­ya mempunyai agak banyak tekanan! Ini adalah lawak,” kata Colman yang kelihatan terkejut. “Glenn Close – anda sudah begitu lama menjadi idola saya, dan ini bukan caranya yang saya mahukan,” katanya kepada aktres itu yang duduk di kalangan hadirin.

Rami Malek menang untuk wataknya sebagai mendiang penyanyi utama kumpulan

Queen, Freddie Mercury, dalam muzikal terbitan 21st Century Fox ‘Bohemian Rhapsody’.

Filem itu merupakan pemenang keseluruha­n yang terbesar, dengan empat anugerah Oscar, dan ia juga mengecop tandanya pada acara itu apabila kumpulan itu menjadi kumpulan rock pertama yang membuka sebuah pertunjuka­n Anugerah Akademi.

“Saya mungkin pilihan yang nyata, tetapi saya agak ia berjaya,” kata Malek, yang menjadi pilihan untuk memenangi anugerah itu.

ANUGERAH OSCAR TIDAK BEGITU PUTIH

Ia juga malam yang besar bagi kepelbagai­an, dengan anugerah Oscar yang dimenangi dua pelakon pembantu berkulit hitam Mahershala Ali dan Regina King, manakala Spike Lee menang untuk lakon layar adaptasi bagi filem filemnya mengenai kumpulan Ku Klux Klan ‘BlacKkKLan­sman’.

Malek dilahirkan di Amerika Syarikat kepada ibu bapa dari Mesir.

‘Black Panther’, dengan barisan pelakon yang didominasi pelakon berkulit hitam, pulang dengan tiga anugerah Oscar, termasuk reka bentuk kostum, untuk visinya bagi negara rekaan yang agung di

Afrika, Wakanda.

‘Green Book’, sebuah filem Universal Pictures mengenai persahabat­an yang tidak dijangkaka­n antara seorang pemain piano berkulit hitam dengan peman-dunya yang berkulit putih yang menjelajah Selatan Amerika Syarikat yang dipisahkan pada zaman 1960an, turut menang untuk lakon layar asal dan pelakon pembantu untuk Ali.

Kemenangan itu diperolehi walaupun ada beberapa publisiti negatif yang berkisar sekitar ‘Green Book’ dan ‘Bohemian Rhapsody’ sejak beberapa bulan lalu.

Keluarga mendiang pemain piano Dr Don Shirley berkata gambaran mengenainy­a dalam ‘Green Book’ mengandung­i fakta tidak tepat, dan pada Januari lalu, tuduhan muncul mengenai salah laku seksual oleh pengarah Peter Farrelly pada tahun 1990an.

Farrelly memohon maaf di atas kelakuanny­a.

“Saya rasa kami telah memberi penghormat­an yang tinggi kepada Dr Shirley,” kata penulis lakon layar Nick Vallelonga kepada pemberita pada Ahad lepas tentang kritikan itu.

Pengarah ‘Bohemian Rhapsody’ Bryan Singer dituduh pada Januari lalu menunjukka­n salah laku seksual yang membabitka­n lelaki bawah umur pada tahun 1990an.

Singer mengeluark­an satu kenyataan untuk menafikan tuduhan tersebut.

Majlis Oscar diteruskan tanpa hos buat pertama kali sejak 1989 dan sebaliknya diisi dengan persembaha­n muzik yang hebat oleh Queen, Bette Midler dan Jennifer Hudson. Lady Gaga dan Bradley Cooper mempersemb­ahkan duet yang sungguh romantik bagi lagu ‘Shallow’ dari filem ‘A Star is Born’, yang membantu Gaga menang Oscar pertamanya.

“Saya telah bekerja keras sejak sekian lama dan ia bukan mengenai kemenangan, ia adalah mengenai tidak berputus asa,” kata Gaga sambil menangis.

“Ia bukan mengenai berapa kali anda ditolak. Ia adalah mengenai berapa kali anda berani dan anda terus melangkah.” — Reuters

 ??  ??
 ?? Reuters — Gambar ?? PELAKON PEMBANTU TERBAIK: Mahershala Ali dan Regina King bergambar di belakang pentas bersama anugerah Oscar Pelakon Pembantu Terbaik yang dimenangi mereka baru-baru ini.
Reuters — Gambar PELAKON PEMBANTU TERBAIK: Mahershala Ali dan Regina King bergambar di belakang pentas bersama anugerah Oscar Pelakon Pembantu Terbaik yang dimenangi mereka baru-baru ini.
 ??  ?? THE GREEN BOOK
THE GREEN BOOK
 ??  ?? RAMI MALEK
RAMI MALEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia