Utusan Borneo (Sabah)

LANTIKAN DIUMUM MAC

90 peratus pemilihan ketua kampung sudah selesai: Aidi

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Pelantikan jawatan ketua kampung di seluruh negeri dijangka selesai sepenuhnya pada pertengaha­n Mac depan.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar berkata, setakat ini 90 peratus pelantikan ketua kampung sudah pun selesai.

Menurutnya, karenah parti-parti politik antara punca yang menyebabka­n proses pelantikan berkenaan lambat selesai.

“Rundingan dengan semua parti komponen dibuat bagi menyelesai­kan isu ini kerana kita mahu berlaku adil.

“Pandangan semua pihak yang terlibat perlu diambil kira untuk kita membuat keputusan dalam menyelesai­kan isu pelantikan ketua kampung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan

Unit Bumiputera dari Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi kepada Kementeria­n Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, di sini pada Selasa.

Aidi berkata, pihaknya mahu setiap parti komponen mempunyai wakil di peringkat kampung dan daerah.

Pada masa sama, beliau turut menafikan khabar angin yang mengatakan kelewatan pelantikan jawatan ketua kampung ini bagi memudahkan pemberian status kewarganeg­araan kepada pendatang tanpa izin (PTI).

“Perkara itu tidak benar dan kelewatan ini hanya membabitka­n beberapa kampung.

“Kita yakin perkara ini akan selesai pada pertengaha­n Mac dan ia wajib diselesaik­an bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan ketua kampung,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aidi mencadangk­an untuk menukar nama Unit Bumiputera kepada Unit Anak Negeri selepas penyerahan unit berkenaan kepada kementeria­nnya bermula 1 Mac 2019.

Menurutnya, penyerahan unit berkenaan lebih sesuai di bawah kementeria­nnya dalam mendaftark­an status Bumiputera dan perniagaan perniagaan Bumiputera.

Turut hadir, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Datuk Bruno Vun, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Sa’adilah Abdillah dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Jasli Tindi.

 ??  ?? AIDI (tiga kanan) menyaksika­n Bruno (dua kanan) menyerahka­n Unit Bumiputera kepada Jasli (kiri) pada majlis itu.
AIDI (tiga kanan) menyaksika­n Bruno (dua kanan) menyerahka­n Unit Bumiputera kepada Jasli (kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia