Utusan Borneo (Sabah)

Matta Fair promosi Sabah sebagai destinasi pelanconga­n paling digemari

-

KUALA LUMPUR: Sabah dipilih buat kali kedua sebagai Destinasi Paling Digemari di Malaysia pada Pameran Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (Matta Fair) yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dari 15 hingga 17 Mac.

Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Noredah Othman berkata ‘Cuti-Cuti Tawau’ akan diperkenal­kan untuk memberi penekanan kepada pelanconga­n di Pantai Timur Sabah dengan sasaran empat juta pelancong tempatan dan antarabang­sa.

“Pantai Timur Sabah terutama bandar-bandar Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan memiliki banyak tarikan pelanconga­n berasaskan alam semula jadi selain warisan sejarahnya.

“Juga terdapat sebuah pulau di Lahad Datu yang sedang dipromosik­an sebagai titik paling Timur di Malaysia, di mana orang ramai boleh melihat matahari terbit kali pertama di Malaysia di sana,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (Matta) di sini pada Selasa.

Lebih 16 gerai akan dibuka STB untuk mempromosi­kan pelbagai produk pelanconga­n tempatan untuk dinikmati pelancong termasuk warisan dan budaya, pulau-pulau dengan pemandanga­n cantik, aktiviti-aktiviti selam skuba, rintis hutan, mengamati burung, kembara dan pelbagai tarikan lain yang amat berbaloi.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Matta Nigel Wong berkata peningkata­n jumlah pelancong ke Sabah adalah antara bukti negeri itu antara destinasi pilihan utama pelanconga­n di Malaysia dan sangat dikenali di pasaran antarabang­sa. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia