Utusan Borneo (Sabah)

JAT kesan satu lagi kes curi air

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sebuah kediaman persendiri­an dikesan melakukan penyambung­an paip secara haram untuk mencuri air di Taman Guan Soon Jalan Tg Batu, di sini pada Selasa.

Jurutera Air Bahagian Tawau Asabri Robensen berkata penguatkua­sa Jabatan Air Tawau (JAT) mengesan perbuatan itu hasil daripada maklumat awal yang diterima.

“Hasil siasatan, kita dapati ada penyambung­an haram daripada paip berukuran 3/4 inci yang disambungk­an terus ke rumah terbabit,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata penguatkua­sa JAT melakukan pemotongan penyambung­an haram berkenaan dalam operasi yang dijalankan dari jam 1.50 petang sehingga 2.50 petang.

Katanya, tindakan pemotongan itu dilaksanak­an menerusi peruntukan mengikut Seksyen 53 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah (EBANS) 2003.

“Kita turut mengeluark­an kompaun sebanyak RM10,000 kepada pengguna terlibat dan diharap semua pengguna dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Asabri berkata, individu atau syarikat yang dikenakan kompaun perlu menjelaska­n bayaran masing-masing atau bakal berhadapan tindakan undang-undang.

Katanya langkah membayar kompaun juga perlu dilakukan untuk mengelak daripada proses lebih sulit jika melakukan permohonan penyambung­an meter baharu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kes kecurian atau kebocoran paip air diharap segera melaporkan aduan ke talian 0195354600 atau 089761057,” katanya.

 ??  ?? PENGUATKUA­SA JAT melakukan operasi pemotongan paip yang dikesan disambung secara haram untuk aktiviti mencuri bekalan air.
PENGUATKUA­SA JAT melakukan operasi pemotongan paip yang dikesan disambung secara haram untuk aktiviti mencuri bekalan air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia