Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan kemahiran sedia ada

Saranan kepada semua pegawai, kakitangan Japen untuk pasarkan maklumat

-

KOTA KINABALU: Warga Jabatan Penerangan Sabah (Japen) digesa memperkasa­kan kebolehan memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat.

Pengarah Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka berkata setiap pegawai Japen tanpa mengira pangkat perlu meningkatk­an lagi kemahiran sedia ada dalam pemasaran maklumat terutamany­a melalui platform media sosial selaras dengan perkembang­an teknologi terkini.

“Setiap pegawai perlu menggunaka­n platform media sosial masing-masing dengan sewajarnya dalam membantu menguar-uarkan maklumat dan dasar-dasar baharu kerajaan semasa.

“Selain itu, pegawai penerangan perlu sentiasa turun padang berjumpa dengan masyarakat akar umbi untuk mendapatka­n pandangan dan suara mereka mengenai sesuatu isu di samping mengetenga­hkan dasar kerajaan baharu dengan secara santai.

“Oleh demikian, langkahlan­gkah pemerkasaa­n akan terus digiatkan Japen seperti melaksanak­an programpro­gram advokasi, jangkauan, ‘engagement’ dan ‘intelligen­ce gathering’ dengan jayanya,” katanya dalam Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Penerangan Sabah di Wisma Dang Bandang, pagi Selasa.

Dalam pada itu, Norzawiyah turut menyaranka­n warga Japen terus memajukan diri melalui pembelajar­an sepanjang hayat.

“Meski kursus tujuh hari tidak lagi menjadi satu kewajipan kepada kita, saya menggalakk­an setiap warga Japen terus mengikuti apaapa kursus berkaitan bagi menambah lagi kemahiran sedia ada.

“Kita juga menggalakk­an sesiapa sahaja yang berminat untuk melanjutka­n pelajaran agar meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta menggunaka­n kemudahan sambung belajar sedia ada,” katanya.

Turut berlangsun­g dalam perhimpuna­n itu adalah sesi ceramah Technology, Entertainm­ent & Design (TED) yang disampaika­n oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara Azman Sipan dan majlis penyampaia­n Anugerah Pegawai Cemerlang Bulanan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Yunus Saprin serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan Patrick Laing Ngau.

“Pegawai penerangan perlu sentiasa turun padang berjumpa dengan masyarakat akar umbi untuk mendapatka­n pandangan dan suara mereka mengenai sesuatu isu di samping mengetenga­hkan dasar kerajaan baharu dengan secara ” santai. NORZAWIYAH BULKA Pengarah Penerangan Sabah

 ??  ?? GAMBAR kenangan warga Japen Sabah selepas perhimpuna­n selesai.
GAMBAR kenangan warga Japen Sabah selepas perhimpuna­n selesai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia