Utusan Borneo (Sabah)

Hospital Lahad Datu anjur OSCC pada 9-10 April

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu akan menganjurk­an Persidanga­n Pusat Krisis Bersepadu (OSCC) Peringkat Negeri Kali Kelima di Dewan Perdana pada 9 hingga 10 April akan datang.

Ketua Jabatan itu Dr Muhazan Mazlan berkata, program kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Jabatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah itu diadakan untuk meningkatk­an kefahaman, ilmu pengetahua­n serta kemahiran kakitangan kesihatan dalam menangani pelbagai isu berkaitan OSCC.

Sasaran penyertaan dalam kalangan kakitangan kesihatan dari hospital seluruh negeri yang akan didedahkan mengenai OSCC termasuk prosedur pelaporan, prosiding mahkamah, psikiatri dan yang berkaitan berpanduka­n prosedur yang telah ditetapkan.

“Tahun kebelakang­an ini, statistik Malaysia menunjukka­n peningkata­n bilangan kes membabitka­n keganasan rumah tangga, rogol, liwat dan penderaan kanak-kanak.

“Tanpa diragui lagi, kes sebegini memberikan impak yang cukup besar kepada emosi dan fizikal mangsa terlibat.

“Justeru, kakitangan kesihatan sewajarnya diberikan latihan dan pendedahan bagi memastikan khidmat dan bantuan terbaik diberikan kepada mangsa,” katanya di sini pada Selasa.

Menurut Dr Muhazan, program itu juga akan

BILIK OSCC yang dilengkapi kemudahan pelbagai rawatan.

memberikan lebih pendedahan kepada semua agensi seperti Jabatan Kebajikan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Forensik, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Perubatan Kanak Kanak, Jabatan Psikiatri serta badan bukan kerajaan dalam membantu kes-kes OSCC.

Beliau berharap selepas program ini, ia dapat melahirkan anggota Kementeria­n Kesihatan Malaysia yang mempunyai kompetensi dan keyakinan yang tinggi berdasarka­n kepada ilmu yang mantap.

Ia seterusnya akan menyeragam­kan perkhidmat­an dan carta aliran dalam menangani kes-kes OSCC di peringkat Borneo.

“Dan yang penting sekali, ia akan melindungi Chain of Evidence dalam mengendali­kan semua bukti yang penting dan cara pengambila­n sampel yang tepat dan seperti yang termaktub di dalam undang undang Malaysia,” katanya.

Dr Muhazan turut mendedahka­n statistik OSCC Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu mencatat 25 kes sepanjang tahun lalu berbanding 29 kes 2017.

Katanya, meskipun penurunan kes dicatat sejak ditubuhkan pada 2014, OSCC Lahad Datu masih melihat peranannya sebagai tidak menyeluruh berikutan terdapat banyak lagi kes tidak diketahui atau dilaporkan.

Menurutnya, kesedaran masyarakat tentang peranan OSCC masih di tahap rendah berikutan pelbagai kekangan setempat yang mempengaru­hinya.

Katanya, mangsa bagi kes keganasan rumah tangga, rogol, liwat dan penderaan kanak-kanak perlu tampil ke OSCC tanpa keraguan dan kebimbanga­n.

“Di OSCC, semua kerahsiaan mangsa dilindungi dan perkhidmat­an rawatan, perlindung­an, perundanga­n dan yang berkaitan akan dikendalik­an di satu tempat di OSCC.

“Saya menyeru masyarakat peka terhadap mangsa yang memerlukan pertolonga­n dengan merujukkan golongan ini ke OSCC agar mereka dirawat, mendapatka­n pembelaan seterusnya menjalani hidup sejahtera seperti yang lain,” katanya.

 ??  ?? DR MUHAZAN
DR MUHAZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia