Utusan Borneo (Sabah)

Jangan politikkan PIBG

Boleh mewujudkan puak, sekali gus menjejaska­n pentadbira­n

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik Jaffari William meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar tidak mempolitik­kan sistem PIBG di sekolah kerana akan menjejaska­n pentadbira­n persatuan itu sendiri.

“Tidak perlu mempolitik­kan PIBG kerana ia juga akan mewujudkan puakpuak dalam persatuan itu sekali gus kerjasama tidak akan dapat dilakukan dengan baik,” katanya.

Beliau yang juga ketua Cabang PKR Libaran menegaskan PIBG perlu memainkan peranan proaktif dalam memupuk karakter anak-anak dan memastikan kejayaan mereka dalam akademik.

Jaffari menjelaska­n ibu bapa mempunyai

“Hubungan erat dan komunikasi terbuka antara ibu bapa dan pihak sekolah adalah penting untuk menyelesai­kan masalah membabitka­n pelajar. PIBG juga perlu mempunyai pelan tindakan yang jelas untuk memastikan kejayaan sekolah.” JAFFARI WILLIAM Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik

tanggungja­wab untuk menerapkan nilainilai murni dalam diri anak-anak mereka bagi membolehka­n mereka menangkis pengaruh negatif dan berbahaya di luar rumah.

“Membesarka­n anak-anak dengan cara yang betul bukan tanggungja­wab guru dan sekolah semata-mata, ibu bapa sebagai anggota PIBG juga perlu menjalanka­n tanggungja­wab mereka.

“Hubungan erat dan komunikasi terbuka antara ibu bapa dan pihak sekolah adalah penting untuk menyelesai­kan masalah membabitka­n pelajar. PIBG juga perlu mempunyai pelan tindakan yang jelas untuk memastikan kejayaan sekolah,” katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran di Dewan Serbaguna Kampung Padas.

Beliau berkata PIBG memainkan peranan penting di dalam sekolah selain menjadi penghubung di antara ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah.

“PIBG juga menjadi platform terbaik untuk percambaha­n buah fikiran, saranan serta cadangan sesama kita. Di samping itu, PIBG juga bertindak sebagai komuniti yang boleh menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an dan memberi manfaat kepada sekolah,” katanya.

Jaffari berkata, masa depan daerah ini dan negeri banyak bergantung kepada sumbangan positif generasi muda terhadap masyarakat sebaik sahaja mereka memasuki dunia pekerjaan.

“Masa depan negara bergantung kepada keupayaan ibu bapa dan guru dalam melahirkan generasi yang mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat global. Untuk ini dicapai, mereka perlu melengkapi anak-anak dengan ilmu yang betul dan membantu mereka mencapai kecemerlan­gan akademik,” katanya.

Beliau berkata persatuan yang dianggotai oleh pelbagai latar belakang profesion, sudah tentu akan dapat bersama-sama menjayakan pelbagai program yang melibatkan aspek yang bukan sahaja mampu meningkatk­an prestasi akademik anak-anak, tetapi juga prestij sekolah pada keseluruha­nnya.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama di antara sekolah dan ibu bapa amat penting bagi memastikan pembelajar­an berkualiti untuk pelajar, dan meningkatk­an kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajar­an anakanak.

 ??  ?? JAFFARI berbincang sesuatu dengan pihak PIBG SMK Libaran.
JAFFARI berbincang sesuatu dengan pihak PIBG SMK Libaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia