Utusan Borneo (Sabah)

UMS dan Kedutaan Amerika Syarikat lanjut MoU

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui perpustaka­an memperbaha­rui memorandum persefaham­an (MoU) bersama Bahagian Perhubunga­n Awam Kedutaan Amerika Syarikat untuk tempoh dua tahun lagi.

Ketua Pustakawan UMS Haji Zawawi Tiyunin berkata, MoU itu antara lain menjurus kepada kerjasama antara kedua belah pihak bagi membolehka­n UMS menyediaka­n perkhidmat­an dan bahan rujukan berkaitan negara Amerika Syarikat di American Corner dalam Perpustaka­an UMS.

“Sejak ia mula beroperasi pada 16 November 2017, American Corner telah menjadi salah satu rujukan utama bukan sahaja untuk warga UMS, tetapi juga kepada masyarakat di negeri Sabah.

“Secara tidak langsung, pewujudan sudut ini telah banyak membantu dan memudahkan mereka yang sedang membuat kajian atau mahu mendapatka­n maklumat tambahan berkaitan negara Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas pemeteraia­n MoU itu di sini pada Selasa.

Menurut Zawawi, UMS dan Bahagian Perhubunga­n Awam Kedutaan Amerika Syarikat mula menandatan­gani MoU buat kali pertama pada 23 September 2016.

“Selain UMS, American Corner turut bekerjasam­a dengan sembilan perpustaka­an awam tempatan untuk menyediaka­n koleksi khas Amerika Syarikat kepada orang awam,” katanya.

Dokumen pembaharua­n MoU itu ditandatan­gani oleh Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin dan Kaunselor Perhubunga­n Awam Kedutaan Amerika Syarikat Bradly A Hurst.

 ??  ?? KAMARUDIN (tiga kiri) dan Bradly (dua kanan) saling bertukar dokumen pembaharua­n MoU sambil diperhatik­an Raffie (dua kiri) dan Shanon (kanan). Turut kelihatan Zawawi (kiri).
KAMARUDIN (tiga kiri) dan Bradly (dua kanan) saling bertukar dokumen pembaharua­n MoU sambil diperhatik­an Raffie (dua kiri) dan Shanon (kanan). Turut kelihatan Zawawi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia