Utusan Borneo (Sabah)

Datuk saudara diarah bela diri

Lakukan seksual bukan fizikal terhadap dua kanak-kanak

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan diperintah­kan membela dirinya pada 21 Mac, atas pertuduhan pindaan melakukan kesalahan seksual bukan fizikal dengan mengeluark­an kata-kata lucah kepada dua kanakkanak perempuan.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 49 tahun, diwakili peguam Ram Singh.

Dalam penghakima­n itu, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie mengikut Seksyen 15 (a) (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 dihukum mengikut Seksyen 16 (1) akta sama.

Tertuduh sebagai datuk saudara mengeluark­an katakata lucah itu dengan niat, supaya kanak-kanak terbabit masing-masing berusia tiga dan empat tahun mendengar atau melihat.

Kesalahan dilakukan pada 20 September 2017 jam 1 petang di sebuah rumah, Kampung Sembulan Tengah di sini.

Jika sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh sepuluh tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Sementara Seksyen 16 (1) akta sama, memperuntu­kkan hukuman tambahan pemenjaraa­n selama tempoh lima tahun dan tidak kurang dua sebat.

Bagaimanap­un tertuduh dibebaskan dan dilepaskan atas pertuduhan menyentuh kemaluan salah seorang mangsa yang berusia tiga tahun pada hari dan di tempat sama.

Keputusan itu dilakukan selepas mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie, mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak­2017dihuku­mmengikut Seksyen 16 akta sama.

Sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan.

Sepanjang perbicaraa­n kes pada peringkat pendakwaan, seramai lima saksi dipanggil memberikan keterangan.

Tertuduh mula didakwa pada 12 Disember 2017 dan mengaku tidak bersalah.

Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja mewakili pihak pendakwaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia