Utusan Borneo (Sabah)

Dokumen kes Musa Aman belum lengkap: Pendakwaan

-

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung 35 pertuduhan rasuah berjumlah USD63.3 juta (RM263 juta) melibatkan kontrak konsesi balak di Sabah, memberitah­u Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa dokumen-dokumen berhubung kes itu belum lengkap sepenuhnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumka­n demikian ketika pengurusan kes itu di hadapan Hakim Rozina Ayob, oleh itu beliau tidak menolak kemungkina­n dokumen tambahan akan dikemukaka­n.

“Pihak kami tidak boleh katakan semua dokumen sudah lengkap sepenuhnya, kerana kemungkina­n akan ada dokumen lagi yang akan dikemukaka­n kemudian,” katanya ketika ditanya Hakim Rozina berhubung status dokumen berkaitan kes itu.

Terdahulu, Hakim Rozina menegur dan menasihatk­an agar pihak pendakwaan dan pembelaan berkomunik­asi secara lebih profesiona­l serta lebih serius dalam kes ini dan dalam hal berkaitan dokumen.

“Kes ini telah didaftarka­n pada bulan November tahun lepas, hari ini sudah penghujung bulan Feb. Saya tidak kisah sama ada kes ini akan didengar di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen.

“Namun, kedua-dua pihak perlu berkomunik­asi antara satu sama lain dan lebih profesiona­l supaya tiada lagi penangguha­n berlaku disebabkan perkaraper­kara kecil,” katanya dan menetapkan 5 Mac untuk pengurusan kes itu.

Pendakwaan juga memaklumka­n bahawa pihaknya telah menyerahka­n beberapa dokumen berkaitan kes itu kepada pasukan pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Musa mengesahka­n pihaknya telah menerima dokumendok­umen tersebut.

Musaturutd­iwakilipeg­uam Ridha Abdah Subri dan Francis Ng Aik Guan dalam prosiding pada Selasa.

Pada 5 Nov 2018, Musa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah berjumlah USD63,293,924 (RM263,460,962.313) daripada lapan pemilik syarikat konsesi balak.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di lapan institusi kewangan di Hong Kong dan Singapura antara 20 Dis 2004 dan 6 Nov 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika ia dapat dinilai dalam bentuk wang, atau denda RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia