Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu ada akademi al-Quran

Untuk melahirkan qari, qariah berketramp­ilan, kata Aidi

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sabah perlu wujudkan akademi alQuran bagi memperkasa­kan bidang pengajian al-Quran dalam kalangan generasi muda.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar berkata, dengan adanya akademi seumpama itu, Sabah mampu melahirkan golongan qari dan qariah yang lebih berketramp­ilan.

Katanya, setakat ini belum ada lagi wakil qari dan qariah dari Sabah yang dinobatkan sebagai johan di peringkat kebangsaan.

Sehubungan itu, beliau mahu agensi agama terutamany­a Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) untuk mengambil tindakan proaktif.

“Saya cadangkan supaya Jheains mengkaji penubuhan akademi pengajian al-Quran di peringkat negeri bagi melatih anak-anak muda di bawah umur 15 tahun.

“Apabila kita melatih mereka dalam tempoh 10 tahun, mereka boleh menjadi qari dan qariah yang berketramp­ilan.

“Saya yakin, sekiranya akademi ini diwujudkan, ia membuka peluang yang luas kepada anak-anak muda di negeri ini mendalami bidang pengajian al-Quran secara khusus,” katanya.

Aidi berkata demikian kepada media selepas merasmikan Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kakitangan Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, di sini pada Selasa.

Menurutnya, sekarang ini tidak ada pusat pengajian di Sabah yang menjurus atau khusus dalam bidang alQuran melainkan atas inisiatif ibu bapa.

“Sudah sampai masanya satu akademi al-Quran diwujudkan agar pada masa akan datang ada wakil qari dan qariah dari Sabah yang menjadi johan tilawah peringkat kebangsaan,” katanya.

Pada majlis itu, keduadua wakil qari dan qariah dari Penjara Pusat Kota Kinabalu muncul johan dan akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan Penolong Kanan Komisioner Rosman Norman dan Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar.

 ??  ?? AIDI (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada johan qariah Faridah Ag. Tangah (kanan). Turut kelihatan Rosman (kiri) dan Aziz (dua kanan).
AIDI (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada johan qariah Faridah Ag. Tangah (kanan). Turut kelihatan Rosman (kiri) dan Aziz (dua kanan).
 ??  ?? PARA peserta tilawah merakamkan kenangan bersama Aidi (duduk tengah) dan tetamu undangan lain.
PARA peserta tilawah merakamkan kenangan bersama Aidi (duduk tengah) dan tetamu undangan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia