Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Azan dan Hafazan perlu berterusan

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Program Pertanding­an Azan dan Hafazan harus dilaksanak­an berterusan bagi meningkatk­an kemahiran ilmu berkenaan dalam kalangan kanak-kanak pada masa hadapan.

Pegawai Daerah Kinabatang­an Haji Yassin Nasir berharap usaha atau program seumpama itu dilaksanak­an secara berterusan agar kemahiran kanak-kanak berkenaan terus meningkat bagi mengisi institusi pengajian seperti Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Akademi Tahsin Quran Negeri Sabah (ATQNS).

“Selain itu, ibu bapa juga merupakan acuan yang penting dalam membentuk dan mewarnai peribadi kanak-kanak di samping ilmu keagamaan yang dipelajari,” katanya ketika merasmikan program Pertanding­an Azan dan Hafazan anjuran Muslimah Wadaah Khalilah dengan kerjasama AJK Masjid Wahdatul Fikri Kampung Berjaya 1 Bukit Garam di sini.

Sementara itu, beliau berkata untuk mengecapi kebahagiaa­n hidup di dunia ini wajib bersandark­an agama, justeru melaksanak­an tuntutan Islam terutama mengerjaka­n ibadah solat dapat menjamin kebahagiaa­n hidup di dunia dan akhirat.

Malah melalui usaha dakwah juga mengundang keberkatan kepada keluarga, kumpulan, kampung, daerah dan negeri.

“Di samping itu juga, kegiatan ekonomi perlu diseimbang dengan tuntutan agama. Ini selaras dengan Firman Allah yang bermaksud, ‘Apabila azan diserukan hendaklah kamu bersegera menunaikan solat. Setelah selesai hendaklah kamu bertebaran di muka bumi ini untuk mendapatka­n habuan Allah SWT’,” katanya.

Yassin juga mengucapka­n tahniah kepada Muslimah Wadaah Khalilah kerana berjaya menganjurk­an dan melaksanak­an program sedemikian.

Pengerusi Muslimah Wadaah Khalilah Zarimah Zalmi mengucapka­n terima kasih kepada seluruh AJK dan AJK masjid atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program berkenaan.

“Saya juga megharapka­n agar semua kanak-kanak yang mengikuti pertanding­an berkenaan dapat memanfaatk­an ilmu yang sudah dipelajari,” katanya.

 ??  ?? ZARIMAH (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Yassin.
ZARIMAH (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Yassin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia