Utusan Borneo (Sabah)

Polis gempur sarang penagih

Semua ketua polis diarah kenal pasti kawasan panas

-

LABUAN: Polis Sabah terus memperheba­tkan usaha mengempur sarangsara­ng penagih dadah di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan bagi membendung penagihan dadah daripada terus meningkat.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Dato’ Omar Haji Mammah berkata, pihaknya memandang serius permasalah­an itu dan akan membantera­snya dengan melakukan tindakan drastik termasuk mengempur sarangsara­ng penagihan dadah secara habis-habisan.

“Semua ketua polis daerah di Sabah termasuk Labuan telah diarah untuk mengenal pasti kawasan panas atau hotspot penagihan dadah di daerah masing-masing,” katanya selepas melancarka­n Op Sarang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Dewan Serbaguna IPD Wilayah Persekutua­n Labuan pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Dato Zaini Jass dan Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutua­n Labuan Superinten­dan Muhammad Farid Ahmad.

Sehubungan itu, katanya, bermula Isnin pihak Polis Kontinjen Sabah telah mengambil pendekatan pertama dengan menggempur kawasan-kawasan hotspot yang dijalankan secara serentak di seluruh daerah melalui Op Sarang.

“Pihak polis tidak akan berkomprom­i dengan manamana pesalah malah akan menjalanka­n operasi secara berterusan di semua kawasan hotspot dadah sehingga bersih daripada najis dadah,” katanya.

Omar berkata, operasi melibatkan seramai 693 anggota polis yang terdiri daripada 74 pegawai dan 557 anggota pelbagai pangkat serta 17 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), 35 anggota Jabatan Imigresen dan empat anggota masing-masing dari Jabatan Pendaftara­n Negara dan Jabatan Kastam terlibat dalam Op Sarang.

Pada tahun 2018, katanya, polis Sabah telah berjaya

“Pihaknya memandang serius permasalah­an itu dan akan membantera­snya dengan melakukan tindakan drastik termasuk mengempur sarang-sarang penagihan dadah secara habishabis­an. ” DATO’ OMAR HAJI MAMMAH Pesuruhjay­a Polis Sabah

menangkap seramai 13,914 orang atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun 1952 berbanding 10,894 orang pada 2017.

Bagi rampasan dadah pula, pada tahun 2018 pihak polis telah merampas 201.9 kilogram syabu, 5 kilogram ganja, 411,69 gram ketamine, 351 biji ecstasy dan 6 kilogram daun ketum.

Tambahnya, dalam tempoh yang sama, polis Sabah juga telah berjaya menangkap 71 pengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (LangkahLan­gkah Pencegahan Khas) 1985 yang telah dikenakan perintah sekatan dan tahanan di pusat pemulihan akhlak.

Sementara itu, dalam tempoh dua tahun, polis telah berjaya merampas dan menyita harta pengedar dadah di bawah Akta Perlucutan Harta 1988 membabitka­n jumlah bernilai RM14.8 juta iaitu RM5.4 juta pada tahun 2017 dan RM9.4 juta tahun lalu.

“Dengan penyitaan harta itu, sekali gus telah berjaya melumpuhka­n ekonomi ahli sindiket dadah di negeri Sabah,” katanya.

Menurutnya, sehingga Februari tahun ini, pihaknya telah berjaya menangkap seramai 2,299 orang atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun 1952.

Daripada jumlah itu, Omar berkata seramai 168 orang adalah pengedar dadah yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah berbahaya 1952.

Beliau berkata pada tahun ini pihak polis juga telah berjaya merampas 3.9 kilogram dadah jenis syabu dan 6 kilogram daun ketum.

 ??  ?? OMAR (enam dari kanan) bersama pegawai kanan IPD Labuan. Turut kelihatan Muhd Farid (lima dari kanan).
OMAR (enam dari kanan) bersama pegawai kanan IPD Labuan. Turut kelihatan Muhd Farid (lima dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia