Utusan Borneo (Sabah)

FKAT kelapan akan disambut pada 19-24 Mac di Bandar Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) Kali Kelapan akan berlangsun­g pada 19-24 Mac selama lima hari dengan konsep Tradisiona­l Etnik.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Alijus Sipil berkata pihaknya selaku penganjur utama menetapkan sasaran kehadiran pengunjung seramai 50,000 orang.

“Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang FKAT seperti pameran etnik dan persembaha­n khas menampilka­n kepelbagai­an dan keunikan 29 etnik tempatan serta luar negara.

“Kemuncak acara akan berlangsun­g pada 24 Mac yang dijadual dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata kali ini konsep persembaha­n pentas masih dikekal dan dibahagika­n kepada tiga segmen utama iaitu etnik pesisir, etnik pedalaman dan dari luar negara.

Katanya, dua kumpulan kebudayaan dari luar negara iaitu Thailand dan Indonesia sudah memberikan pengesahan penyertaan mereka untuk menyertai FKAT.

“Kali ini juga, konsep ‘acara tanpa sampah’ diperkenal­kan dengan penyediaan lebih banyak tong sampah,” katanya dan berharap warga Tawau memberikan kerjasama.

Alijius berkata, sempena festival itu juga beberapa jalan akan ditutup iaitu Jalan Persatuan-Mahkamah-Dataran MPT bermula jam 7 malam pada 21 dan 22 Mac.

Jalan lain, termasukla­h sepanjang Jalan Dunlop dari kedua-dua hala - Bulatan Masjid Al Kauthar - Bangunan Umno pada 23 Mac bermula 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Selain itu, pada 24 Mac jam 5 petang sehingga acara selesai, sepanjang Jalan Persatuan dari Mahkamah - Public Bank - kawasan parkir HSBC dan Public Bank akan ditutup.

Begitu juga sepanjang Jalan Dunlop dari kedua-dua hala bermula di Bulatan Masjid Al-Kauthar sehinggala­h ke Padang Bandaran Tawau pada hari kemuncak festival.

Menyentuh hal berasingan, Alijus menyelar tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab yang merosakkan harta benda awam dengan sewenang wenangnya di Bandar T awau.

“Misalnya, yang terbaharu pasu hiasan di hadapan Hotel Kingston dirosakkan pihak tidak bertanggun­gjawab, saya pun tidak tahu kesalahann­ya (pasu bunga itu),” katanya.

Beliau berharap warga Tawau menangani budaya vandalisme bersamasam­a dan melaporkan kejadian itu sekiranya terlibat perbuatan itu atau mempunyai maklumat.

Beliau juga berhasrat menukar kerusi besi yang diletakkan di sekitar bandar dengan konkrit kerana pihaknya turut mengesan berlaku kes kecurian kerusikeru­si besi.

 ??  ?? ALIJUS bersama pegawai MPT dan Pejabat Penerangan Tawau sempena sidang media FKAT yang dijadual berlangsun­g pada 19 hingga 24 Mac di Tawau.
ALIJUS bersama pegawai MPT dan Pejabat Penerangan Tawau sempena sidang media FKAT yang dijadual berlangsun­g pada 19 hingga 24 Mac di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia