Utusan Borneo (Sabah)

Menteri Luar Iran umum letak jawatan menerusi Instagram

-

TEHRAN: Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif, yang merupakan perunding utama dalam perjanjian nuklear 2015 telah tiba-tiba mengajukan peletakan jawatannya dalam Instagram, walaupun tiada petanda bahawa Presiden Hassan Rouhani telah menerima keputusan beliau.

Zarif menawarkan permohonan maaf bagi “kelemahan” beliau dalam pesanan yang tidak dijangkaka­n pada Isnin, dengan beberapa ahli parlimen terkenal segera meminta kepada Rouhani agar tidak menerima peletakan jawatan tersebut.

Zarif, 59, telah berkhidmat sebagai menteri luar untuk Rouhani sejak Ogos 2013 dan berada di bawah tekanan yang berterusan serta kritikan oleh penentang yang membantah polisi beliau bagi pengendura­n ketegangan dengan pihak Barat.

“Saya memohon maaf bagi ketidakmam­puan saya untuk terus berkhidmat dan bagi semua kelemahan saya sepan-jang saya bertugas,” Zarif menyatakan dalam pesanan yang dihantar dalam akaun Instagram yang disahkan.

Beliau berterima kasih kepada rakyat Iran dan “pegawai yang disegani” untuk soko-ngan mereka “sepanjang 67 bulan lepas”.

Peletakan jawatan itu disahkan oleh seorang sumber yang dimaklumka­n, bagai-manapun dalam satu kenyata-an Twitter, ketua kakitangan Rouhani telah menafikan dengan tegasnya laporan bahawa ia telah diterima oleh presiden.

Peletakan jawatan berlaku beberapa jam selepas satu kunjungan mengejut oleh Presiden Syria Bashar AlAssad ke Tehran.

Bagaimanap­un, menurut Agensi Berita ISNA yang separa rasmi, Zarif tidak hadir dalam sebarang mesyuarat Assad dengan pemimpin ter-tinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan Rouhani.

Mostafa Kavakebian, seorang ahli parlimen reformis, adalah di antara mereka yang meminta kepada Rouhani agar tidak menerima peletakan jawatan tersebut.

“Tidak diragui bahawa rakyat, kerajaan dan negara Iran tidak akan mendapat hasil daripada peletakan jawatan ini,” jelas beliau.

“Majoriti besar ahli parlimen menuntut supaya presiden tidak menerima peletakan jawatan ini,” kata beliau menerusi akaun Twitter. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo bagaimanap­un tidak terkesan, menyatakan dalam Twitter bahawa “kami sedia maklum mengenai peletakan jawatan @Jzarif. Kami akan melihat sekiranya ia akan diteruskan.”

“Beliau dan @HassanRouh­ani adalah hanya orang depan bagi sebuah kumpulan mafia agama yang korup,” ujar Pompeo.

“Kami tahu @khamenei_ir membuat semua keputusan akhir. Polisi kami tidak berubah – rejim harus bersikap seperti sebuah negara yang biasa dan menghormat­i rakyatnya,” kata beliau mengenai pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei.

Ketua bagi suruhanjay­a keselamata­n dan polisi asing yang berpengaru­h di parlimen memberitah­u ISNA bagaimana satu kunjungan yang dirancangk­an ke Geneva dengan Zarif pada tengah hari Isnin telah dibatalkan pada saat-saat akhir tanpa sebarang penjelasan.

“Saya tiba-tiba menerima satu pesanan ringkas menyatakan lawatan telah dibatalkan,” Heshmatoll­ah Falahatpis­heh memberitah­u ISNA, sambil menambah bahawa ini bukan kali pertama Zarif meletak jawatan namun “beliau telah melakukann­ya di khalayak ramai kali ini bermakna beliau mahu presiden menerimany­a pada kali ini.”

Kedudukan Zarif dalam pentadbira­n politik telah terjejas apabila pihak AS berundur daripada perjanjian nuklear pada Mei 2018, di bawah mana Tehran secara drastik mengu-rangkan program atomnya sebagai balasan bagi penarikan sekatan.

Pencapaian perjanjian itu menjadi semakin kurang jelas ketika ekonomi Iran jatuh merundum.

Golongan ultra-konservati­f menyatakan Zarif telah berunding untuk satu perjanjian teruk yang tidak memperoleh­i apa-apa yang berfaedah bagi Iran untuk semua konsensi yang ia telah lakukan dalam program nuklearnya.

Ketegangan antara menteri dan pengkritik­nya hanya menjadi semakin tegang ketika masa berlalu, dengan Zarif menyatakan kebimbanga­n utamanya sepanjang rundingan nuklear adalah dari tekanan dari dalam Iran.

“Kami berasa lebih bimbang dengan pisau belati yang ditikam dari belakang berbanding dengan rundingan tersebut,” beliau memberitah­u sebuah akhbar tempatan pada 2 Februari.

Isu terbaharu dalam ketegangan antara Zarif dan golo-ngan ultra-konservati­f adalah pelaksanaa­n keperluan oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan berkaitan de-ngan penyelewen­gan wang di Iran.

Ketegangan mengenai isu itu melaga-lagakan kerajaan dan parlimen dengan majlis-majlis pengawasan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ZARIF
ZARIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia