Utusan Borneo (Sabah)

Pakistan dakwa jet tentera India bedil Kashmir

Tatkala ketegangan memuncak antara kedua-dua negara ekoran serangan nekad pada 14 Februari lalu

-

ISLAMABAD: Pakistan pada Selasa mendakwa pesawat perang India telah merentasi ke dalam ruang udaranya di atas garisan gencatan serangan di Kashmir dan menjatuhka­n muatannya, selepas ketegangan meningkat di antara negara jiran yang bersenjata­kan nuklear di wilayah bertelagah.

“Pasukan Tentera Udara India telah melanggar Garisan Kawalan,” kata jurucakap tentera Pakistan Mejar Jeneral Asif Ghafoor dalam Twitter, merujuk kepada sempadan de facto di antara Kashmir yang ditadbir oleh India dan Pakistan.

Beberapa jet Pasukan Tentera Udara Pakistan telah segera memberikan respons terhadap serangan mendadak ini, tambah Ghafoor.

“Berdepan dengan tindakan berkesan dan tepat pada waktunya dari Pasukan Tentera Udara Pakistan (pesawat India) menjatuhka­n muatannya dengan pantas ketika melarikan diri berhampira­n Balakot. Tiada kematian atau kerosakan berlaku.”

Beliau tidak memberi maklumat lanjut mengenai lokasi, dan sama ada ia adalah sebuah pekan dengan nama tersebut di Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan atau jauh lagi di dalam wilayahnya.

Ghafoor menghantar gambar yang menurut beliau adalah muatan tersebut, menunjukka­n apa yang kelihatan seperti serpihan besi di sebuah kawasan hutan tebal.

Tidak ada komen segera dari New Delhi.

Bagaimanap­un, laporan berita India menyatakan jet tentera udara telah menyerang beberapa sasaran termasuk kem yang diuruskan oleh Jaish-e-Mohammad, kumpulan Islamis yang mengakui serangan nekad pada 14 Februari di Kashmir yang menyebabka­n ketegangan semakin meningkat.

“Sumber kanan kerajaan menyatakan terdapat hampir 200 kematian akibat serangan (Pasukan Tentera Udara India),”laporbadan­penyiaran swasta CNN News.

New Delhi telah mengugut akan bertindak balas selepas serangan paling teruk dalam tempoh tiga dekad di Kashmir yang mengorbank­an lebih 40 anggota separa tentera India.

Islamabad telah menyatakan ia tidak mempunyai kaitan dengan serangan itu, dan memberi amaran ia akan membalas balik sekiranya India melancarka­n sebarang serangan.

JeM merupakan salah satu daripada beberapa kumpulan anti-India yang berjuang di Kashmir, yang telah dituntut oleh kedua-dua pihak India dan Pakistan sejak kemerdekaa­n pada 1947.

Mereka telah berperang dalam dua daripada tiga peperangan mereka untuk wilayah Himalaya itu.

Kementeria­n dalam negara Pakistan mengumumka­n pada minggu lepas bahawa pihak berkuasa telah merampas kawalan ke atas sebuah kompleks dipercayai sebagai ibu pejabat JeM. — AFP

 ??  ?? DALAM gambar serahan yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perhubunga­n Awam Antara Perkhidmat­an (ISPR) Pakistan ini pada Selasa, kelihatan kerosakan yang berlaku kepada pokok di kawasan berbukit-bukau selepas tentera udara India menggugurk­an muatan mereka dalam kawasan Balakot. — Gambar AFP
DALAM gambar serahan yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perhubunga­n Awam Antara Perkhidmat­an (ISPR) Pakistan ini pada Selasa, kelihatan kerosakan yang berlaku kepada pokok di kawasan berbukit-bukau selepas tentera udara India menggugurk­an muatan mereka dalam kawasan Balakot. — Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia