Utusan Borneo (Sabah)

Brazil larang AS guna wilayahnya untuk ceroboh Venezuela

-

BUENOS AIRES: Naib Presiden Brazil pada Isnin berkata negara itu tidak akan membenarka­n Amerika Syarikat (AS) melakukan campur tangan ketenteraa­n di Venezuela dari wilayah Brazil, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Brazil menentang sebarang campur tangan ketenteraa­n oleh AS di Venezuela, kata Hamilton Mourao ketika bercakap pada mesyuarat Lima Group yang berlangsun­g di Bogota, Colombia.

Blok itu terdiri daripada 14 negara Amerika Latin yang menumpukan usaha bagi mencari penyelesai­an aman dalam krisis yang dihadapi Venezuela sejak sekian lama.

Semasa satu temu bual televisyen di Brazil, Mourao juga berkata negara itu kini berusaha memastikan bahawa krisis di Venezuela tidak akan bertukar kepada konflik bersenjata di rantau tersebut.

Kenyataan beliau dibuat sehari selepas Setiausaha Negara AS Mike Pompeo menyelar Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan berkata tempoh pentadbira­n beliau “tidak akan kekal dan bakal berakhir tidak lama lagi.”

“Kami amat berharap bahawa dalam masa beberapa hari, minggu dan bulan berikutnya, rejim Maduro akan memahami bahawa rakyat Venezuela telah menjadikan tempoh beliau berkuasa semakin terhad,” kata Pompeo dalam satu temu bual dengan Fox News pada Ahad.

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 200 lagi cedera pada Sabtu semasa tunjuk perasaan antikeraja­an di Venezuela.

Sejumlah 51 orang turut ditahan semasa mereka bertempur dengan pasukan keselamata­n di sempadan Colombia.

Penunjuk perasaan menggesa kerajaan membuka sempadan dan membenar-kan bantuan kemanusiaa­n AS dihantar ke Venezuela.

Venezuela telah digegar oleh tunjuk perasaan sejak 10 Januari apabila Maduro meng-angkat sumpah untuk penggal kedua susulan tindakan pembangkan­g memboikot pengundian.

Ketegangan memuncak apabila Juan Guaido, yang mengetuai Dewan Perhimpuna­n Kebangsaan Venezuela, mengisytih­arkan dirinya sendiri sebagai presiden sementara pada 23 Januari, satu langkah yang disokong oleh AS dan kebanyakan negara Eropah serta Amerika Latin.

Turki, Rusia, Iran, Cuba, China dan Bolivia pula mengulangi sokongan mereka kepada Maduro, yang berikrar untuk memutuskan semua hubungan diplomatik serta politik dengan AS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia