Utusan Borneo (Sabah)

Venezuela bakal berdepan lebih banyak sekatan: Pence

-

BOGOTA: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence yang sedang dalam rangka lawatan ke Colombia pada Isnin mengumumka­n sekatan ekonomi dan diplomatik baharu terhadap para pegawai Venezuela yang setia kepada Presiden Nicolas Maduro, lapor agensi berita China Xinhua.

Semasa satu pertemuan di Bogota oleh Lima Group, sebuah blok negara Amerika Latin yang bersekutu dengan Washington dan desakannya untuk mengguling­kan Maduro, Pence berkata pentadbira­n Presiden Donald Trump telah mengenakan sekatan ke atas empat gabenor Venezuela kerana pendirian pro-kerajaan mereka.

Kenyataan Jabatan Perbendaha­raan Negara AS mendakwa gabenor terbabit “terlibat dalam rasuah endemik dan menghalang penghantar­an bantuan kemanusiaa­n yang kritikal.”

Pada Sabtu, beberapa trak yang dikatakan membawa bantuan kemanusiaa­n AS cuba memasuki Venezuela dari negara jiran Colombia dan Brazil dengan bantuan penunjuk perasaan antikeraja­an, yang membawa kepada pertempura­n terpencil.

Pihak berkuasa Venezuela percaya bantuan itu adalah satu dalih untuk campur tangan ketenteraa­n dan telah bertindak menutup jalan utama di sempadan

Lebih banyak sekatan kewangan akan dikenakan, kata Pence yang menggesa rakan kongsi serantau AS membantu mengurangk­an akses Venezuela kepada pembiayaan dengan membekukan atau menyekat aset milik syarikat minyak negara itu, PDVSA.

Ketika Lima Group bersidang di Bogota, Maduro memuat naik dalam Twitter bahawa “kita akan menyelesai­kan (isu dalaman) bersamasam­a sebagai sebuah negara, dengan kerajaan Bolivarian yang saya pimpin.”

Merujuk kepada AS dan sekutunya, Maduro berkata “kerajaan itu dan pembodek pembodek nya harus memahami bahawa di Venezuela, penentuan nasib sendiri akan berkuasa.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia