Utusan Borneo (Sabah)

Serangan udara AS di Somalia bunuh 35 ‘pengganas’: Pentagon

-

WASHINGTON: Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) telah melancarka­n serangan udara di Somalia yang me-ngorbankan 35 militan Al-Shabaab, kata pihak berkuasa pada Isnin, yang terbaharu dalam satu siri serangan terhadap kumpulan gabungan Al-Qaeda itu.

Serangan pada Ahad lepas berlaku di wilayah Hiran di tengah Somalia serta menyasarka­n pejuang bersenjata Shabaab “ketika mereka sedang bergerak di antara lokasiloka­si di sebuah kawasan luar bandar” dan cuba untuk “mengumpulk­an pasukan tentera mereka,” kata Perintah Afrika dalam pasukan tentera AS dalam satu kenyataan.

“Pada masa ini, ia didapati bahawa serangan udara ini membunuh 35 pengganas,” tambah kenyataan itu.

Walaupun pihak tentera tidak menyatakan dengan jelas, serangan udara sebegitu di Somalia adalah biasanya dilakukan oleh dron bersenjata.

Pentagon telah meningkatk­an kadar serangan di Somalia sejak beberapa tahun ini, sebahagian­nya kerana Presiden Donald Trump telah melonggark­an sekatan ke atas bila tentera AS boleh mengambil tindakan terhadap pengganmas tersebut.

Pejuang Shabaab telah diusir dari ibu negara Somalia pada 2011, dan kemudian dari pekan-pekan dan bandarband­ar lain, oleh pasukan tentera Kesatuan Afrika.

Namun militan Islamis masih lagi berkuasa di beberapa bahagian besar di kawasan pedalaman.

Mereka kerap melancarka­n serangan bersenjata dan bom terhadap kerajaan, tentera dan sasaran orang awam di Mogadishu termasuk serangan hendap ke atas konvoi dan pos pemeriksaa­n tentera.

Dalam satu serangan pada bulan lepas, Perintah Afrika menyatakan ia membunuh 52 militan Somali.

Pada Disember, tentera AS menyatakan ia telah membunuh 62 militan Shabaab semasa enam serangan udara di negara Tanduk Afrika.

Namun ketua Perintah Afrika, Jeneral Thomas Waldhauser pada bulan ini memberitah­u anggota perundanga­n AS bahawa serangan udara sahaja tidak akan menghalang Shabaab, dan beliau menyeru kepada pasukan tentera di Somalia agar bersikap lebih bertanggun­gjawab dalam pertempura­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia