Utusan Borneo (Sabah)

Kem pelarian Rohingya di tenggara Bangladesh rosak akibat dibadai ribut

-

DHAKA: Kem pelarian Rohingya di tenggara Bangladesh mengalami kerosakan akibat dibadai ribut dalam kejadian pada Isnin, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kata penduduk.

Ketua kem Kutupalang di daerah Cox’s Bazar, Ansar Alai berkata ribut mengakibat­kan kerosakan pada struktur kem dan kemudahan tandas.

Katanya, ribut turut membadai kem di Balukhali dan Palangkhal­i.

Ayesha Akter, pelarian di kem Modhur Chara, Kutupalang berkata kami kini terpaksa tinggal di khenamh tanpa bumbung.

“Kami harap tandas dapat dibina secepat mungkin. Kami sudah biasa tinggal berbumbung­kan langit tetapi sukar untuk jalani kehidupan tanpa kemudahan tandas,” katanya.

Seorang lagi pelarian Ziaul Haque berharap kerajaan Bangladesh dan agensi bantuan antarabang­sa dapat membina tempat perlindung­an yang mampu bertahan jika berlaku bencana ribut atau taufan.

Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Bantuan dan Penghantar­an Balik Rohingya (RRRC), Mohammed Abul Kalam Azad, berkata beliau belum menerima maklumat terpeinci mengenai perkara itu.

Menurut Amnesty Antarabang­sa lebih 750,000 pelarian Rohingya, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak, melarikan diri ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarka­n operasi terhadap masyarakat minoriti Islam pada Ogos 2017.

Sejak itu hampir 24,000 umat Islam Rohingya dibunuh, menurut satu laporan Badan Pembanguna­n Antarabang­sa Ontario (OIDA). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia