Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Sudan keluar lima perintah darurat susulan tunjuk perasaan semakin memuncak

-

KHARTOUM: Presiden Sudan Omar al-Bashir pada Isnin mengeluark­an dua perintah darurat yang memberi kuasa lebih luas kepada pasukan keselamata­n biasa dalam usaha membendung gejala rasuah susulan tunjuk perasaan yang semakin meningkat di seluruh negara Afrika itu.

Agensi berita China Xinhua melaporkan bahawa perintah pertama memberi kuasa kepada polis, tentera dan pasukan keselamata­n lain untuk memasuki serta menggeleda­h mana-mana bangunan atau individu, memantau manamana harta dan merampas wang, kedai, komoditi atau apa-apa sahaja yang disyaki melanggar undang-undang.

Perintah itu juga memberi kuasa kepada pasukan kese-lamatan biasa untuk menyekat atau menganjurk­an aktiviti rakyat, kaedah pengangkut­an dan komunikasi serta menahan mana-mana orang yang disyaki terlibat dalam jenayah berkaitan keadaan darurat.

Perintah kedua melarang mana-mana kakitangan awam mengeksplo­itasi pihak berkuasa atau pengaruh pekerjaan awam untuk mencapai kepentinga­n peribadi atau faedah haram.

Ia melarang kakitangan awam membuat apa-apa kontrak atau memasuki sebarang interaksi yang boleh memberi komitmen kepada kerajaan bagi menentang pembelian secara sah dan peraturan kontrak.

Presiden Sudan turut mengeluark­an tiga larangan darurat berhubung perhimpuna­n awam, berurusan dalam mata wang asing; mengedar, me-nyimpan, menjual dan me-ngangkut produk petroleum serta komoditi bersubsidi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia