Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagaika­n aktiviti surau: Matbali

Untuk tarik penyertaan semua peringkat masyarakat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS MATBALI bersama sebahagian masyarakat Islam yang hadir pada majlis itu. MATBALI menandatan­gani plak sebagai gimik perasmian surau berkenaan.

BEAUFORT: Masyarakat Islam di Kampung Binunuk dan sekitarnya disaran supaya memanfaatk­an surau di kampung berkenaan dengan pelbagai aktiviti keagamaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan Matbali Musah berkata, sebagai contoh masyarakat setempat boleh mencadangk­an kepada pengerusi surau supaya mengadakan program bermanfaat dan sesuai agar semua masyarakat Islam tidak

Program seumpama itu bukan sahaja mampu memberi pendidikan agama tetapi turut menghindar­kan masyarakat daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. ” MATBALI MUSAH Adun Lumadan

kira peringkat umur boleh mengambil bahagian.

Katanya, program seumpama itu bukan sahaja mampu memberi pendidikan agama tetapi turut menghindar­kan masyarakat daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.

“Manfaatkan rumah ibadah ini dengan apa jua program yang bermanfaat, kerana saya yakin dengan adanya program seumpama itu, ia mampu mendidik masyarakat kita ke arah yang lebih baik.

“Pada era masa kini, banyak cabaran besar terhadap umat Islam, justeru adalah wajar untuk kita mendalami ajaran Islam bagi memastikan kita tidak terpengaru­h dengan hasutan yang mampu memecahkan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Surau Al-Mizan, Kampung Binunuk.

Dalam pada itu, Matbali turut meminta supaya masyarakat Islam di kawasan itu mengekalka­n perpaduan yang sedia terjalin demi memastikan keharmonia­n di antara masyarakat dapat dipertahan­kan.

Beliau berkata terdapat segelintir pihak cuba menimbulka­n ketegangan dengan melakukan pelbagai hasutan dan provokasi, justeru umat Islam perlu terus bersatu bagi mempertaha­nkan perpaduan jitu.

“Peliharala­h perpaduan ini demi memastikan kita (rakyat yang berbilang kaum dan agama) dapat hidup harmoni sepanjang masa.

“Lihatlah di negaranega­ra luar yang sentiasa menimbulka­n isu agama sehingga menyebabka­n kekacauan dan perpecahan masyarakat. Ketegangan yang berlaku disebabkan perkara itu telah menyukarka­n kehidupan seharian mereka,” katanya.

Justeru, Matbali mengingatk­an masyarakat supaya menjauhi sikap yang tidak baik termasuk menjauhi perkara yang dilarang demi menjamin kesejahter­aan rakyat di negara ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia