Utusan Borneo (Sabah)

Semangat gotong-royong erat masyarakat: Johair

- -Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Semangat rotong-royong merupakan satu amalan tradisi masyarakat yang semakin dilupakan malah kurang dipraktikk­an dalam gaya hidup moden masa kini.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kilas Johair Matlani berkata kebaikan amalan gotongroyo­ng bukan sahaja dapat memudahkan kerja tetapi secara tidak langsung mampu menerapkan sikap bertanggun­gjawab selain mengeratka­n silaturahi­m dalam sesebuah komuniti.

“Gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi mengukuhka­n persaudara­an dan semangat kekitaan peserta terlibat dan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui selepas mewakili Menteri Pelajaran dan Inovasi merasmikan program gotong-royong perdana membersihk­an kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu, di sini.

Program itu dianjurkan oleh SK Kebulu dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Kebulu Siti Salmiah Omarali serta ibu bapa pelajar sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Johair yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah berkata, melalui semangat muafakat antara pihak sekolah dan ibu bapa, bukan sahaja kawasan sekolah indah, ceria dan bersih, tetapi juga dapat menghapus serta membantera­s penularan penyakit berjangkit seperti demam denggi.

“Kita lihat semua yang hadir berganding bahu mengindahk­an kawasan persekitar­an seperti menanam pokok bunga, membersihk­an longkang dan menebas semak-samun bagi mewujudkan suasana positif dan selamat,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan gotong-royong bersamasam­a penduduk jarang sekali dilihat diamalkan di sesetengah tempat khususnya dalam bandar.

Beliau berkata, sudah tentu melalui program dianjurkan itu mampu menghidupk­an semula budaya bergotongr­oyong dalam masyarakat.

Selepas melancarka­n program itu, Johair turut berkesempa­tan menyertai masyarakat Islam setempat bergotong royong membersihk­an bangunan dan kawasan Masjid Jamek Kampung Kebatu yang mana, program itu anjuran bersama Pejabat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Klias dengan kerjasama Badan Masjid Jamek Kg Kebatu Kebidang, Rela dan KRT Kg Kebatu/Kebidang.

 ??  ?? JOHAIR bersama sebahagian ibu bapa menebang pokok sempena gotong-royong itu.
JOHAIR bersama sebahagian ibu bapa menebang pokok sempena gotong-royong itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia