Utusan Borneo (Sabah)

Md.Latif Uji kekal Pengerusi Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tg. Aru 2019-2021

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Md. Latif Uji mengekalka­n jawatan sebagai Pengerusi Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung Aru sesi 2019-2021 sempena Mesyuarat Tahunan Pemilihan yang berlangsun­g di surau itu pada Ahad.

Bagaimanap­un jawatan Timbalan Pengerusi yang sebelum ini disandang oleh Haji Ag. Matasan Ag. Mahmud telah digantikan oleh Othman Unji.

Begitu juga bagi jawatan Bendahari yang sebelum ini disandang oleh Abdul Rahman Abdul Samad telah digantikan oleh Razis Jais.

Mesyuarat Tahunan Pemilihan Ahli Jawatankua­sa Sesi 2019-2021 ini turut melantik seorang Timbalan Bendahari yang disandang oleh Nurain Abdullah.

Dalam pada itu, Dewi Yana Awang mengekalka­n jawatan Setiausaha, Timbalan Setiausaha disandang oleh Nursyafiqa Abdullah, Juruaudit 1 Razif Jais dan Juruaudit 2 Puan Artinawati Abdullah.

Seramai 15 Ahli Jawatankua­sa turut dilantik iaitu Abdul Rahman Abdul Samad, Haji Ag. Matasan Ag. Mahmud, Zainal A. Chia, Awang Buntar Awang Jair, Hassim Haji Othman, Nordin Ag. Bahari, Zul Norfaizal, Luis Sibin @ Muhd Yusuf, G e o r g e Junior, S a b r i M a h mu d, Alifah Adha Asmawie@ Bob, Noorazizah Jirin, Salmah Gani, Suhaidah Lautong dan Rahmah Wong.

Sementara itu Md. Latif dalam ucapan alu-aluannya melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada masyarakat Islam Pangsapuri Tanjung Aru yang terus memberikan kepercayaa­n kepadanya untuk menerajui Jawatankua­sa Surau AlMukminin untuk penggal 2019-2021.

“Walaupun pada awalnya saya berhasrat untuk menyerahka­n tugas atau tanggungja­wab ini kepada orang lain, namun atas kepercayaa­n yang masih diberikan kepada saya, maka saya sedia menerima tanggungja­wab ini dengan hati yang terbuka.

Sehubungan itu beliau berharap akan terus diberikan kerjasama di dalam melaksanak­an tanggungja­wab yang dipikulkan kepadanya.

“Saya yakin dan percaya dengan gabungan AJK lama dan baharu yang dipilih dalam mesyuarat kali ini, akan lebih memudahkan lagi jawatankua­sa ini untuk melaksanak­an program yang akan kita adakan nanti, InsaAllah,” tegasnya.

 ??  ?? MD. LATIF (duduk, lima kanan) merakamkan album kenangan bersama barisan Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin sesi 2019-2021 selepas mesyuarat pemilihan itu.
MD. LATIF (duduk, lima kanan) merakamkan album kenangan bersama barisan Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin sesi 2019-2021 selepas mesyuarat pemilihan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia