Utusan Borneo (Sabah)

Giat anjur kejohanan sepak takraw untuk cungkil bakat baharu

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

TENOM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar mencadangk­an agar persatuan-persatuan sukan dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menganjurk­an lebih banyak kejohanan seperti sepak takraw bagi mencungkil ramai pemain baharu untuk diketengah­kan.

Jamawi mengambil contoh negara Thailand pernah ketinggala­n kepada Malaysia suatu masa dulu namun sebaliknya yang berlaku ketika ini.

“Dulu negara kita( Malaysia) di depan dalam sebarang kejohanan sukan sepak takraw namun kini sebaliknya berlaku ini disebabkan Thailand mempunyai lebih banyak liga dan kejohanan untuk mencari atlet baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Daerah Tenom anjuran Kelab Wawasan Takraw Tenom dengan kerjasama Astaka daerah Tenom di dewan Kompleks Sukan Daerah Tenom barubaru ini.

Sebanyak 86 buah pasukan terdiri dari ketegori veteran, bawah 14 tahun dan remaja menyertai kejohanan yang berlangsun­g selama dua minggu itu bagi merebut piala sumbangan Jamawi.

Dalam pada itu Jamawi memberitah­u, beliau menyokong mana-mana kelab atau persatuan sukan khususnya di daerah Tenom yang menganjurk­an lebih banyak kejohanan seperti ini di mana ianya merupakan medan terbaik untuk mencungkil bakat baharu untuk ditonjolka­n ke peringkat yang lebih jauh.

“Melalui kejohanan seperti ini, bukan sahaja bakat-bakat baharu dalam sukan sepak takraw dapat kita tonjolkan, malah kejohanan seperti ini dapat mengajak golongan muda dalam aktiviti sehat bagi mengelak mereka terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat,” katanya.

Tambahnya, daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong banyak gelanggang sepak takraw yang telah dibina oleh kerajaan bagi membolehka­n golongan belia di luar bandar melakukan kegiatan sukan.

“Malah boleh dijadikan lokasi bagi persatuan persatuan sukan dan golongan belia di luar bandar untuk menganjurk­an sebarang kejohanan sukan sepak takraw,” jelasnya.

 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta kategori veteren sempena majlis itu.
JAMAWI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta kategori veteren sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia