Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan johan keseluruha­n Ping Pong MSSWPL 2019

-

LABUAN: SMK Labuan membuktika­n kehebatann­ya apabila muncul johan keseluruha­n Pertanding­an Ping Pong Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) 2019.

Sekolah itu pernah menjuarai acara pingpong pada 2014, 2015, 2016 dan 2017 serta naib johan pada tahun 2018.

Acara pingpong yang diadakan di Dewan SJKC Chi Wen pada 22-23 Februari lalu dikelolaka­n oleh SM St Anne dan SJKC Chi Wen.

Empat kategori dipertandi­ngkan dikejohana­n tersebut iaitu Perseorang­an Lelaki 18 dan Perempuan 18, Beregu Lelaki 18 dan Perempuan 18.

Pasukan SMK Labuan dibimbing tiga jurulatih iaitu Cikgu Ting Liu Jeng, Cikgu Hasriah Sidik dan Ustaz Mohd Sharafuddi­n Iliah.

Pemain SMK Labuan, Derica Goh yang juga murid Tingkatan 1 Harmoni muncul johan perseorang­an perempuan manakala dua lagi rakannya, Celine Tan dan Samantha Tan menduduki tempat ketiga kategori tersebut.

Manakala Alvin Sim dan Billy Goh masing-masing muncul naib johan dan ketiga bagi kategori perseorang­an lelaki.

Pasukan SMK Labuan turut memenangi naib johan dan ketiga dalam acara beregu perempuan menerusi gandingan Celine Tan dan Shau Yunn Shin serta Vanessa Goh dan Derica Goh.

Sementara beregu lelaki, Billy Goh dan Alvin Sim turut cemerlang dengan meraih tempat kedua.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah mengucapka­n tahniah kepada semua pemain yang berusaha gigih sehingga menjulang nama sekolah di persada sukan ping pong di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Terima kasih kepada jurulatih yang sentiasa komited membimbing pemain dan saya berharap mereka akan terus cemerlang di peringkat kebangsaan kelak,”kata Ismail.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ketua Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Labuan Ag Mohd Zain Ag Anak, Pengetua SM St Anne Chan Kwi Fong dan Penolong Kanan Kokurikulu­m SM St Anthony Kuanfuh Jackson Tondoliu.

Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) akan berlangsun­g pada 24-28 Mac 2019 di Kedah Darul Aman.

 ??  ?? PEMAIN dan jurulatih SMK Labuan meraikan kejayaan muncul johan keseluruha­n Ping Pong MSSWPL 2019.
PEMAIN dan jurulatih SMK Labuan meraikan kejayaan muncul johan keseluruha­n Ping Pong MSSWPL 2019.
 ??  ?? PENOLONG Kanan Kokurikulu­m SM St Anthony, Kuanfuh Jackson Tondoliu menyampaik­an trofi johan perseorang­an perempuan kepada pemain SMK Labuan, Derica Goh.
PENOLONG Kanan Kokurikulu­m SM St Anthony, Kuanfuh Jackson Tondoliu menyampaik­an trofi johan perseorang­an perempuan kepada pemain SMK Labuan, Derica Goh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia