Utusan Borneo (Sabah)

Bola sepak eratkan ketua jabatan dan pemimpin masyarakat Labuan

-

LABUAN: Satu perlawanan bola sepak persahabat­an antara pasukan ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat telah diadakan di Padang Sintetik, Kompleks Sukan Labuan, baru-baru ini.

Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan yang bertindak sebagai penganjur perlawanan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Labuan dalam menjayakan perlawanan yang penuh harmoni dan mesra itu.

Pengarah JBS Labuan, Mohd Hazzan Dahari berkata antara objektif program itu adalah untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara jabatan kerajaan dengan pemimpin tempatan selepas sempurnany­a pelantikan ketua-ketua kampung dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), baru-baru ini.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 10-4 memihak kepada pasukan jabatan kerajaan.

Turut membarisi pasukan jabatan kerajaan ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Haji Rithuan Ismail, Pengarah Penerangan Supian Musa, Pengarah Kesihatan Dr Ismuni Bohari, Ketua Polis Labuan Superitend­an Muhd Farid Ahmad selain Mohd Hazzan sendiri.

Manakala pasukan pemimpin masyarakat turut diwakili Ketua Cabang PKR Labuan Simsudin Sidek dan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Dr Ramli Tahir.

Mohd Hazzan berkata program teh tarik sembang santai dan taklimat minda turut diadakan selepas perlawanan tersebut tamat.

Beliau berharap kerjasama jabatan dan agensi kerajaan dan kampung-kampung dapat dipergiatk­an lagi khususnya dalam membantu pelaksanaa­n aktiviti belia, sukan dan rakan muda di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Sempena program itu, Mohd Hazzan turut mengedarka­n kalendar program JBS sehingga Mei 2019.

Sementara itu, Supian dalam ucapan ringkasnya berharap kerjasama sebagai rakan strategik seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

 ??  ?? PASUKAN jabatan kerajaan (kanan) bersama pasukan pemimpin masyarakat pada perlawanan persahabat­an di Padang Sintetik, Kompleks Sukan Labuan, baru-baru ini.
PASUKAN jabatan kerajaan (kanan) bersama pasukan pemimpin masyarakat pada perlawanan persahabat­an di Padang Sintetik, Kompleks Sukan Labuan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia